Topik menarik untuk dipanjangkan, tetapi aku tak berminat bercerita pasal lalang. Maaf lalang, aku tak boleh nak terima kau. Aku pandang lalang ini sebagai suatu yang hina kerana hati kau sungguh mudah untuk "diusik". Kononnya untuk bangkit berjuang. choi! Ikut suka hati aku nak cakap apa sebab aku bencikan lalang. Kau ibarat boleh ditiup-tiup dan langsung tak berguna. Sebenarnya , kau adalah perosak kepada parti yang baru. Percayalah, kau akan disisihkan. Prinsip kau hancur hanya kerana lalang. Kita berpolitik, tapi bukan cara lalang. Kalau dah macam tu perangai kau, aku rasa kau takkan ke mana. Pesan pakcik aku kepada lalang. Daripada berpolitik sebagai lalang, lebih baik kau ambik mesin rumput, mesin lalang di belakang rumah dia. Aku anggap pakcik aku benar dalam berkata kerana ada logiknya. Maaf aku menuis dengan penuh emosi kerana aku tak suka lalang. kira -kira aku mudah . Lalang = sampah. Baik dicantas daripada membarah.
Saturday, January 18, 2014
Sunday, May 19, 2013
Dewan Negara tidak diperlukan
GEORGETOWN - Pengerusi DAP Karpal Singh hari ini berkata
Perlembagaan Persekutuan perlu dipinda bagi memansuhkan Dewan Negara.
"Tiada perlu Dewan Negara. Ia adalah perbelanjaan yang
tidak perlu untuk ditanggung rakyat. Tidak ada gunanya.
"Ia hanya menggalakkan orang yang telah ditolak oleh
rakyat atau orang lain untuk dibawa ke Parlimen dari pintu belakang melalui
Dewan Negara memandangkan dalam undang-undang Parlimen juga termasuk Dewan
Negara," katanya kepada pemberita.
Beliau berkata Parlimen yang merupakan dewan perundangan
yang tunggal, seperti juga kedudukannya di Singapura, merupakan yang paling
sesuai demi kepentingan awam.
Karpal yang juga anggota Parlimen Bukit Gelugor berkata
kemasukan beberapa personaliti dalam barisan Kabinet tidak sepatutnya
dilakukan.
"Mana-mana ahli Kabinet yang dikatakan cukup berwibawa
semestinya termasuk individu yang berintegriti dengan reputasi yang dipandang
tinggi oleh masyarakat dan bahawa penilaian itu hanya boleh dibuat secara
langsung melalui pilihan raya oleh rakyat dan bukan melalui pelantikan,
katanya.-Karpal Singh
Setuju sangat dengan kenyataan Karpal Singh ni..#respect -Admin
Sunday, March 24, 2013
MATEMATIK UMNO
Baca paper Berita Minggu hari ini..85% Ulama kelantan mnyokong BN..Jadi hanya 15% Menyokong PAS..Jadi kesimpulannya yang hadir kat stadium hari itu serama 120 000 orang tempoh hari adalah dalam golongan 15%penyokong PAS..Jadi anggaran penyokong BN adalah Seramai 830 000 orang..perghh ramainya...nampak tak kira2 matematik macai umno macam mana..
#Mungkin sebab banyak tengok video gay papagomo.
#Mungkin sebab banyak tengok video gay papagomo.
BERANI
bagai pasak, GUNUNG; bumi terbentang
tidak goyah walau dilanda angin kencang
kerana ianya bagaikan kebenaran dan kemestian
bagai deras SUNGAI setelah hujan
tak putus walau dibelah seribu pedang
mengalir bagaikan ianya kepastian
TAK KAN TERHALANG
BERANI kerana aku BENAR
tiada apa harus kuragukan
kuberdiri TEGUH
yasin & faizal tahir
Wednesday, March 06, 2013
Media UMNO
Dulu Tv3 asyik duk sembang pasal Selangor, Kedah, Kelantan,
Penang.. Negeri lain macam takde dalam peta malaysia. Sekarang sudah bertambah
Lahad Datu, Sabah. Bagus perkembangan positif dari TV3.
Dan semuanya salah anwar. Sikit-sikit anwar. Hebat anwar Ibrahim ni sebenarnya.
Macai kata peperangan di Lahad Datu adalah agenda Anwar.
wahhh!!! terer lah Anwar sebab dapat bawak masuk 100 lebih askar sulu dengan
melepasi kawalan perairan 4 agensi penguatkuasa yang mempunyai 12 radar
pengesan bot sejauh 100 km dan bot laju combat CB90.
Orang terer macam ni mesti jadi PM. zahid hamidi dengan
hishammuddin dibodoh-bodohkan aje. kawal sempadan pun fail. Dan aku sangat bersimpati dengan rakyat Malaysia yang sedang
bersabung nyawa akibat kebodohan menteri-menteri ini. kita doakan keselamatan
mereka dan kekuatan rohani keluarga-keluarga mereka.
Tuesday, February 26, 2013
RASUAH DAN AGAMA
Dalam Islam
Rasuah = Dosa
Dalam Agama Lain
Rasuah = Dosa
Dalam Demokrasi
Rasuah = Jenayah
Dalam Kominisme
Rasuah = Tembak Mati
Dalam Ateisma
Rasuah = Tak bermoral dan beretika
Tapi dalam BN
Rasuah = Politik Wang
Dan Terbaru
Politik Wang = Kesalahan teknikal (bukan jenayah)
Rasuah = Dosa
Dalam Agama Lain
Rasuah = Dosa
Dalam Demokrasi
Rasuah = Jenayah
Dalam Kominisme
Rasuah = Tembak Mati
Dalam Ateisma
Rasuah = Tak bermoral dan beretika
Tapi dalam BN
Rasuah = Politik Wang
Dan Terbaru
Politik Wang = Kesalahan teknikal (bukan jenayah)
Thursday, February 21, 2013
Mari Berpantun
Kalau lama lagi Dacing perintah,
Semua sistem punah ranah,
Rakyat terbanyak makan tanah,
Dacing buat rakyat macam amah.
Kalau lama lagi Dacing berkuasa,
Rakyat bakal papa kedana,
Kerja siang malam tak cukup juga,
Keluarga terabai porak peranda.
Kalau lama lagi Dacing diatas,
Kesenangan rakyat habis dicantas,
Pemimpin Dacing seronok mengebas,
Rakyat tunggu telur entah bila menetas.
Kalau lama lagi Dacing di Putrajaya,
Habis zerolah harta negara,
Hutang bertambah berlipat ganda,
Tak habis bayar sampi cucu cicit kita.
Kalau lama lagi Dacing pegang negeri,
Rakyat hidup dalam mimpi ngeri,
Nak cari rezeki perit tak terperi,
Pemimpin Dacing jugak menang loteri.
Kalau lama lagi Dacing duk kencing,
Buanya busuk sampai tulang kering,
Macai sanjung jugak sampai terguling-guling,
Memang macai otak dah kuning.
Kalau kali ni kita pakat ubah,
Kebaikan & kebajikan dapat ditambah,
Syukur pada Allah tuhan yang disembah,
Semoga hilang segala gundah.
Kalau kali ni Putrajaya dibebaskan,
Rakyat jugak yang untung sakan,
Harta negara sama-sama kita makan,
Dacing senget kita kuburkan.
Kalau kali ni Dacing jadi pembangkang,
Boleh kita ajar jangan buat sumbang,
Jadilah rakyat yang turut menyumbang,
Barulah negara maju berkembang.
Thursday, February 14, 2013
Sunday, February 10, 2013
MAHASISWA MENGGANAS
Mahasiswa meletakkan calon untuk bertanding dalam PRU13..
Atas tiket apa mereka akan bertanding? Pakatan Rakyat , Bebas atau UMNO?
Cukupkah pengalaman mereka ingin bergelar 'wakil rakyat'? (bukan lagi MAHASISWA)
Bicara soal pengalaman terlalu panjang lebar jika dihuraikan..
satu contoh aku berikan;
Adakah calon mahasiswa itu ada pengalaman mengundi pada tahun 2004, 2008?
ataupun 2013 merupakan kali pertama mengundi? kikiki
Kalau betul pakatan rakyat setuju mereka bertanding atas tiket pakatan rakyat ,maknanya betullah Najib akan jadi ketua pembangkang nanti..kahkah..
Kalau calon mahasiswa bertanding atas tiket bebas , samar-samar je muka Najib di parlimen kelak..kikiki
Bukan senang beb umur setahun jagung mewakili suara orang Pekan..
Isu sosial di Pekan ,Pahang sehingga hari ini belum selesai walaupun diwakili oleh wakil rakyat bergelar
PM..
Apatah lagi Mahasiswa....
Bagi pandangan aku;
Aku tidak bersetuju..
Demokrasi meraikan suara mahasiswa ,tapi bukan dengan PRU..
fikir-fikirkanlah..
Atas tiket apa mereka akan bertanding? Pakatan Rakyat , Bebas atau UMNO?
Cukupkah pengalaman mereka ingin bergelar 'wakil rakyat'? (bukan lagi MAHASISWA)
Bicara soal pengalaman terlalu panjang lebar jika dihuraikan..
satu contoh aku berikan;
Adakah calon mahasiswa itu ada pengalaman mengundi pada tahun 2004, 2008?
ataupun 2013 merupakan kali pertama mengundi? kikiki
Kalau betul pakatan rakyat setuju mereka bertanding atas tiket pakatan rakyat ,maknanya betullah Najib akan jadi ketua pembangkang nanti..kahkah..
Kalau calon mahasiswa bertanding atas tiket bebas , samar-samar je muka Najib di parlimen kelak..kikiki
Bukan senang beb umur setahun jagung mewakili suara orang Pekan..
Isu sosial di Pekan ,Pahang sehingga hari ini belum selesai walaupun diwakili oleh wakil rakyat bergelar
PM..
Apatah lagi Mahasiswa....
Bagi pandangan aku;
Aku tidak bersetuju..
Demokrasi meraikan suara mahasiswa ,tapi bukan dengan PRU..
fikir-fikirkanlah..
Thursday, February 07, 2013
Skrip Lama
Aku dah jemu dengan telatah korang..
Asyik ulang skrip sama je dekat-dekat nak PRU nih..
choiii..
tolonglah jangan jadi badut lagi..
nampak bodo sangat dah..
buat apa isi borang UMNO BN dua kali..diulang. dua kali.
kikikiki..
UMNO masuk UMNO.. ??
mengarut lah keje depa ni..
try pi cek yang berdiri belakang-belakang tu mengundi pun tak boleh lagi..
kikikiki..
sudah-sudahlah..
Wednesday, February 06, 2013
Kisah AKU
Aku dan teman-temanku berteriak hidup BN, hidup BN .. sambil tangan memegang bendera BN yang entah ke mana pergi tangkainya, sempat juga aku melambai-lambai tangan ke arah pemimpin berjiwa rakyat itu .. selesai najib berarak pergi , baru aku perasan bendera aku pegang rupanya terbalik.. oh!!malunya dengan PM..
Aku segera berlari pulang ke rumah ,lalu segera ke dapur mendapatkan air di dalam peti sejuk.. air masak sejuk penghilang dahaga disaat berada dibawah mentari terik membakar kulitku..tidak mengapa..itu satu pengorbanan bagiku untuk PM kesayanganku..Aku ulang, air masak sejuk.
Fuhh! lega sekali terasa tekakku..sambil terkenang saat manisnya perdana menteri melintasi dihadapanku sambil tersenyum sinis kepadaku.. sempat juga aku membalas senyumnya..aku masak sejuk penghilang dahagaku jua..
Perasaanku sungguh gembira sekali kerana kali pertama PM datang ke kampungku..Terima Kasih PM.. I LOVE YOU..
Inilah kampungku..dan itu adalah aku..
Aku tak kesah semua itu..aku adalah aku..
tapi apa yang aku dapat?
Aku segera berlari pulang ke rumah ,lalu segera ke dapur mendapatkan air di dalam peti sejuk.. air masak sejuk penghilang dahaga disaat berada dibawah mentari terik membakar kulitku..tidak mengapa..itu satu pengorbanan bagiku untuk PM kesayanganku..Aku ulang, air masak sejuk.
Fuhh! lega sekali terasa tekakku..sambil terkenang saat manisnya perdana menteri melintasi dihadapanku sambil tersenyum sinis kepadaku.. sempat juga aku membalas senyumnya..aku masak sejuk penghilang dahagaku jua..
Perasaanku sungguh gembira sekali kerana kali pertama PM datang ke kampungku..Terima Kasih PM.. I LOVE YOU..
Inilah kampungku..dan itu adalah aku..
Aku tak kesah semua itu..aku adalah aku..
tapi apa yang aku dapat?
Sunday, February 03, 2013
PSY
Hari-hari mesti terkeluar zikir #BodohTadbirBN dari mulut aku.. Dah tu asyik buat kerja gila je.. Nasib baik la aku tak dikurniakan otak seperti macai.. masih waras..
Walaupun agenda 'pancing undi' tu belum berlangsung lagi tapi aku dah mula panass,,,Sambutan tahun baru panggil PSY? apa kaitan beb????? Konsert RM 2,000,000 tu Najib nak bayar guna duit siapa??
Kepada semua macai meh,aku ajak korang berfikir secara waras kejap..
1) bayangkan duit sebanyak tu Najib gunakan untuk biayai kos rawatan pesakit di mana-mana hospital yang terdesak perlukan pembedahan segera??
2)Najib bantu masyarakat fakir miskin kat Malaysia..
RM 2 juta untuk persembahan PSY selama 60 minit
1 minit = 60 saat
60 minit =3600
2,000,000 / 3600 =RM 555.55
#rakyat malaysia 55 tahun merdeka setahun BRIM =RM500
bandingkanlah....
RM 2 juta untuk persembahan PSY selama 60 minit
1 minit = 60 saat
60 minit =3600
2,000,000 / 3600 =RM 555.55
#rakyat malaysia 55 tahun merdeka setahun BRIM =RM500
bandingkanlah....
3)Najib bagi pendidikan percuma.
4) Najib cuba langsaikan hutang negara.
baru comey..
tapi realitinya:
Saturday, February 02, 2013
PROMO.
hanya sebelum PRU 13.. cepat jangan lepaskan peluang untuk menjadi wira..
beberapa hari kemudian...
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
setelah pulang dari GAZA..
Kak Jat : Tahniah jib ..kau memang hero 1 Malaysia..
Abg Jib: bukan senang beb nak pergi gaza..
Kak Jat : ambik ni upah kau pergi sana..
Gambar bawah.
Tun M: cilakee..kat aku taknak bagi..siap kau jat..
Kat Jat: mudah-mudahan kontrak lembu aku bertambah lah lepas ni..%^&*
Abg Jib: semoga dengan ini rakyat tak nampak penyelewengan yang telah aku lakukan..
Kak Mah: Untung jadi isteri PM..yes!!
Benggali.
Bapa aku benggali..
kerala mari neyy..
mak aku juga benggali..
kerala juga mari..
tetapi aku seorang bumiputera...
Dan aku jadi perdana menteri...
#Hidup Melayu..2x
kerala mari neyy..
mak aku juga benggali..
kerala juga mari..
tetapi aku seorang bumiputera...
Dan aku jadi perdana menteri...
#Hidup Melayu..2x
Berbelit
Masa dalam Barisan Nasional dulu, selalu tengok orang-orang Barisan Nasional ni macam pembelit je..
tukar pegi ke Pakatan Rakyat, terus aku terbelit-belit.. Sekarang aku dah insaf, kembali kepada Barisan Nasional. Tahun ni Barisan Nasional di dadaku..
OH!!!!
Sesungguhnya tidak ada yang lebih menyayat hati
Dari melihat bangsaku dijajah
Tidak ada yang lebih menyedihkan
dari membiarkan bangsaku dihina
Air mata tiada ertinya
Sejarah silam tiada maknanya
Sekiranya bangsa tercinta terpinggir
Dipersenda dan dilupakan
Bukan kecil langkah wira bangsa
Para pejuang kemerdekaan
Bagi menegakkan kemuliaan
Dan darjat bangsa
Selangkah bererti mara
Mengharung sejuta dugaan
Biarkan bertatih
asalkan langkah itu yakin dan cermat
bagi memastikan negara
merdeka dan bangsa terpelihara
air mata sengsara
mengiringi setiap langkah bapa-bapa kita
Tugas kita bukan kecil
Kerana mengisi kemerdekaan
Rupanya lebih sukar dari bermandi
Keringat dan darah menuntutnya
Lagi pula apalah ertinya kemerdekaan
Kalau bangsaku asyik mengia
Dan menidakkan,
Mengangguk dan membenarkan,
Kerana sekalipun bangganya negara
kerana makmur dan mewahnya
bangsaku masih melata
dan meminta-minta di negaranya sendiri
Bukan kecil tugas kita
Meneruskan perjuangan kemerdekaan kita
Kerana rupanya selain memerdekakan,
Mengisi kemerdekaan jauh lebih sengsara
Bangsaku bukan kecil hati dan jiwanya
Bukankah sejak zaman berzaman
Mereka menjadi pelaut, pengembara
Malah penakluk terkemuka?
Bukankah mereka sudah mengembangkan sayap
Menjadi pedagang dan peniaga
Selain menjadi ulama dan ilmuwan terbilang?
Bukankah bangsaku pernah mengharung
Samudera menjajah dunia yang tak dikenal
Bukankah mereka pernah menjadi
wira serantau
Yang tidak mengenal erti takut dan kematian?
Tugas kita belum selesai rupanya
Bagi memartabat dan memuliakan bangsa
kerana hanya bangsa yang berjaya
akan sentiasa dihormati
Rupanya masih jauh dan berliku jalan kita
Bukan sekadar memerdeka dan mengisinya
tetapi mengangkat darjat dan kemuliaan
buat selama-lamanya
Hari ini, jalan ini pasti semakin berliku
Kerana masa depan belum menjanjikan syurga
Bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa
Perjuangan kita belum selesai
Kerana hanya yang cekal dan tabah
Dapat membina mercu tanda
Bangsanya yang berjaya
Membeli belah
Minggu lepas, aku keluar jalan-jalan di sebuah mall .. kebetulan ada kawan ajak hangout disitu.. aku sampai agak awal masa tu.. sambil menuggu kawan aku tu sampai aku lepak dekat foyer mall tu..aku perhatikan saja gelagat manusia disitu..dan ada satu kawasan tu,ramai gila orang.. aku pun pergi dekat untuk tengok apa benda dorang usha tu..
Jeng, jeng, jeng..
# siap bercorak strawberi, kelas kau jat..
Hanya seekor lembu ternakan sahaja.. mungkin lembu kak Jat terlepas kot dari kondo .. yelah dah terbiasa tinggal di dalam kawasan berhawa dingin.. yang aku hairan jinak sungguh lembu Kak Shahrizat nih..
p/s; bijak Kak Jat dan Suami bela lembu.
Friday, February 01, 2013
Mati
Maaf nyamuk... hayatmu tak panjang.. sebelumku terasa gatal kau telah pun ku penyek.. bukan rezekimu hendak menikmati darah mudaku.. mungkin kau bebas menghisap darah orang lain, tetapi maaf bukan aku orangnya..
Pemergianmu takkan ku tangisi.....
#nasib nyamuk seperti BN..
Pemergianmu takkan ku tangisi.....
#nasib nyamuk seperti BN..
BODEK
Malaysia memang negara Jakun. Kerana PM si Najib nak datang,
dikerah DBKL membuang bendera Pakatan Rakyat. Apabila dihalang DBKL berlakon
pula buang bendera BN sekali. Apabila diperiksa diseluruh Bandar Tun Razak
masih berlambak lagi bendera BN tidak diturunkan sekali. Siap panggil polis mengiringi mereka. Nampak
sangat yang UMNO,DBKL ni penakut nak mampus. Nak jaga periuk nasik la katakan.
Kenapa perlu mengampu?
1) nak jagi wakil rakyat ke?
2) nak kontrak bela lembu ke?
3) nak tunjukkan kau tu masih dihati rakyat ke?
Sudahlah....
kalau Najib nak sangat silakan ambik.. pada aku 'ia lebih baik dari berada dalam parti'..Abg Jib nak ke macai-macai ni??kahkah..
Tak perlu dipersoalkan lagi lah kredibiliti mereka kerana jelas tertampang jenis kaki mengampu..
Syiah Di Syria
PERISTIWA SYRIA.
Syria merdeka dari penjajahan Perancis pada 1945, dan telah
diperintah oleh anak bangsa Syria sendiri sehingga zaman Hafez Al-Assad yang
telah memerintah selama 32 tahun dan diikuti oleh anaknya Basyar Al-Assad yang
telah memerintah selama 11 tahun. Syria telah menjadi negara yang diperintah
oleh diktator.
Hafez Al-Assad berpegang pada Syiah Nusairiyah, yang
menyimpan perasaan dengki terhadap rakyatnya daripada MUSLIM SUNNI, yang
mencaci dan menghina Saidina Aishah dan Ummahatul Mukminin radhiyallahu anhum,
diharamkan sembelihan mereka, mereka melakukan kejahatan yang pelbagai, mereka
tidak solat di masjid kita (ASWJ).
Kerajaan Syria didokong oleh Iran yang terkenal dengan
Syiahnya, bahkan Hafez sendiri merupakan pelampau Syiah.
Syeikh Hassan seterusnya menceritakan tentang Syria yang
mana 6 peratus darinya merupakan Syiah Alawie, 10% darinya beragama Kristian
dan 84% daripada rakyatnya beragama Muslim Sunni. Iran mempertahankan tindakan
ganas regim Hafez yang membunuh rakyatnya sendiri, begitu juga Hizbullah di
Lubnan juga menyokong tindakan Hafez Al-Assad.
BERMULA ZAMAN AYAHNYA- Hafez Al-Assad- konflik berdarah di
Hama pada tahun 1982 yang berlaku selama 27 hari mengorbankan hampir 46000 ribu
penduduk Hama. Peristiwa ini menyebabkan rakyat Syria mendiamkan diri dari
politik sekian lama.
Rakyat mula kembali bangkit terhadap kezaliman yang berlaku
semenjak 8 bulan yang lalu.
Permulaan revolusi berlaku di Hama, kemudian merebak ke
bandar-bandar lain seperti Dar'aa, Hauran, Halab bahkan sehingga ia berlaku di
157 tempat di Syria.
PUNCA KEBANGKITAN ADALAH : Ada sekumpulan kanak-kanak
seramai lingkungan 28 orang bermain-main dan telah menulis sesuatu di dinding
sekolah mereka. Apa yang ditulis oleh kanak-kanak ini ialah RAKYAT MAHU
JATUHKAN KERAJAAN. Slogan ini telah dilaungkan di negara2 yang berlaku
kebangkitan rakyat. Pasukan keselamatan Syria telah menangkap kanak-kanak ini.
Mereka telah diseksa dengan cara mencabut kuku-kuku kaki dan tangan mereka.
Salah seorang kanak2 itu telah meninggal dunia dan keluarganya meminta mayat
kanak2 itu serta kanak2 lain dilepaskan. Kerajaan telah meletakkan syarat
dimana bila mahu lepaskan kanak2 itu, mereka perlu memberi wanita2 dikalangan
mereka untuk dinikahi oleh puak2 kerajaan Syria ini ( satu bentuk penghinaan),
maka berlakulah kebangkitan di Syria.
BENTUK KEZALIMAN YANG BERLAKU SEPANJANG TEMPOH SAURAH.
1-Dalam masa 42 hari telah terbunuh Syahid seramai 4000
orang rakyat Syria.
2-39000 orang telah cedera, mereka tak dirawat dan dibiarkan
sahaja.
3-Satu peristiwa di mana seramai 19 orang doktor di hospital
dan 40 orang pesakit di hospital tersebut dibunuh tentera Assad di wilayah
Doma.
4-9000 tahanan ditahan.
5-413 orang telah syahid di dalam penjara.
6-Wanita2 diculik dan dibawa ke tempat yang tak diketahui.
Wanita ini telah dirogol di hadapan abang2, ayah, anak2, dan ahli keluarga
mereka. Sebelum dirogol, mereka digari terlebih dahulu.
7-Seorang ukhti bernama Zainab Al-Husni dari Hims, di
Madinah Khalid bin Al-Walid. Beliau telah ditangkap dan mahu diperkosa oleh
tentera yang menangkapnya. Tetapi beliau melawan. Lantas beliau dibunuh dan
telah dipotong 4 KERAT.. Anggota badan yang dikerat itu dimasukkan ke dalam
plastik, lalu dicampakkan ke hadapan keluarga beliau.
8-Mengucapkan takbir merupakan sesuatu yang tidak disukai.
9-Menyuruh tukar Laa Ilaha Illah Basyar Asad.
10-Basyar Assad juga daripada kelompok Syiah yang terkeluar
daripada Islam dan mengharuskan untuk membunuh Muslimin Sunni..84% daripada
posisi kepimpinan Rejim Basyar Assad dipegang oleh kaum keluarga mereka yang
terdiri daripada 3 keluarga besar, 6% daripada posisi tersebut pula daripada
kaum Ajam dan 10% lagi daripada golongan Kuffar.. Tiada posisi bagi Ahlus
Sunnah wal Jamaah..Kezalimannya terhadap wanita dan kanak2 juga terlalu dahsyat
melebihi Israel..rakyat2 Sunni dibunuh sesuka hati tetapi walau seorang Israel
pun tidak ditumpahkan darah..hasbunallahu wa neemal wakeel..
#RAKYAT YANG KELUAR BERDEMONSTRASI AKAN MANDI DAN BERWUDHUK
KERANA MEREKA YAKIN TIDAK AKAN KEMBALI LAGI...
FATWA ULAMA TENTANG SAURAH DI SYRIA.
Rabitah Ulama Syria yang diasaskan oleh Dr Ali As-Sobuni dan
Rabithah Ulama Sedunia telah berfatwa kepada rakyat Syria agar mempertahankan
rumah mereka daripada keganasan tentera walaupun dengan menggunakan pisau
dengan berdalilkan hadis berikut;
#"Barangsiapa terbunuh mempertahankan hartanya, maka
dia syahid ; barangsiapa terbunuh mempertahankan ahli keluarganya, maka dia
syahid; atau mempertahankan agamanya, maka dia syahid" -hadith ini
dikeluarkan oleh Abu Daud dalam Sunannya (2/275) An-Nasaie dan Tirmidzi dan
disahihkan oleh Imam Al-Albaniy dan Ahmad (1652 dan 1653) dari jalan Said Bin
Zaid dan sanadnya Shahih.
PERKARA TERBARU.
1-Masa depan kebangkitan ini begitu baik. ia berterusan dan
semakin kukuh. Lebih 30000 tentera yang terdiri dari pegawai telah bersama
rakyat. Mereka ini telah melindungi orang2 yang turun berdemo kerana tidak
tahan melihat kekejaman rejim Basyar Assad ini yang sesuka hati membunuh
rakyatnya sendiri.
2-Pertubuhan2 Arab (Liga Arab) telah mengambil pendirian
tentang apa yang telah Syria lakukan terhadap rakyatnya. Mereka tidak
membenarkan pegawai2 Syria memasuki tanah mereka. tetapi ada dua negara yang
tidak berpendirian sedemikian iaitu Iraq dan Lubnan. Iran tidak berpendirian
sedemikian kerana pemimpin Syria merupakan orang Syiah dan mereka selalu
meminta pertolongan dari Iran kerana Iran merupakan negara Syiah.
3-Syeikh Yussuf Al-Qaradhawi telah mengeluarkan fatwa bahawa
mereka yang terbunuh dalam keadaan yang sebegini adalah seorang yang SYAHID....
4-95% ulama Syria telah bersama dalam kebangkitan rakyat
ini.
5-19% negara-negara Arab telah mewajibkan sekatan politik
dan ekonomi ke atas Syria.
KENAPAKAH KITA KURANG MENGETAHUI DENGAN JELAS ISU SYRIA?
1- Gambaran tentang Syria agak tidak jelas bila dijelaskan
oleh media2, kerana itu Syeikh Hassan dihantar bagi menjelaskan apakah
sebenarnya yang berlaku di SYRIA..
2-Media2 barat sebenarnya tidak mahu manusia dunia tahu akan
apakah sebenarnya yang berlaku di Syria. Lalu mereka telah memutarbelitkan
fakta.
3-Syeikh Khalid Hasan bercerita, ketika beliau di Indonesia
dan bertemu dengan seorang teman, teman itu berkata dia lihat di akhbar bahawa
ramai orang menyokong Kerajaan Syria. TV Indonesia juga menyiarkan bahawa ramai
yang menyokong Kerajaan Syria yang dipimpin oleh Basyar Al-Assad. Apa yang
berlaku sebenarnya ialah, kerajaan telah mengumpulkan pegawai2nya supaya
berkumpul dalam erti kata lain mahu menunjukkan kepada dunia bahawa Basyar
Al-Assad ini mempunyai ramai yang menyokong beliau.
4-Jangan terpedaya dengan kenyataan2 yang kita dengar dari
ahli intelektual Syria dan ahli politik Syria bahawa yang Syria menentang
Israel. Tetapi, sejak zaman ayah Basyar Al-Assad lagi (Hafez Al-Assad) tidak
satu peluru pun yang singgah ke tanah Israel. Bahkan Tanah Tinggi Golan yang
terletak di Tanah Syria telah dikuasai oleh Israel.
5-Kita banyak tidak tahu tentang Isu Syria selama ini sebab
media telah dikawal oleh pihak rejim Basyar Assad. Manakala sumber media lain
tidak dibenarkan memasuki Syria untuk membuat liputan. Segala gambar dan video
yang menjadi bahan bukti adalah hasil rakaman daripada para pendemonstrasi yang
bertekad untuk merakam sendiri kezaliman tersebut dan kebanyakan daripada
mereka telah menemui syahid. Sebahagian rakaman lain telah dijual oleh tentera
rejim Basyar Assad dengan harga 100 dolar. Syeikh Dr Khalid Hassan Al-Hindawi
merupakan delegasi khas Syeikh Dr Yussuf Al-Qaradhawi ke Asia Tenggara untuk
menyampaikan dan menyebarkan berita sebenar.
PERANAN KITA SELAKU SEORANG MUSLIM & SELAKU SEORANG
MANUSIA.
-Mendoakan saudara kita di Syria
-Menghulurkan bantuan untuk mereka dari segi kewangan
-Menyebarkan berita sebenar tentang apa yang berlaku di
SYRIA.
Ingatlah Saudaraku, Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
"Barangsiapa yang tidak mengambil tahu hal orang Islam
yang lain, maka bukan dari kalangan KAMI"
dan ingatlah selalu akan tempat kembali bagi mereka yang
zalim:
Kalam Saidina Ali KWJ; "Sesungguhnya negeri yang batil
itu sekejap sahaja sedangkan negeri yang benar itu tetap sehingga datangnya
kiamat".
Firman Allah Taala dalam Surah Al-Isra' ayat 81;
"Dan katakanlah :Telah datang kebenaran (Islam), dan
hilang lenyaplah perkara yang salah (kufurdan syirik) ; sesungguhnya yang salah
itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap".
Firman Allah dalam Surah Ar-Ra'd ayat 17 ; adapun buih itu
maka akan hilang lenyaplah ia hanyut terbuang, manakala benda-benda yang
berfaedah kepada manusia maka ia tetap tinggal di bumi. Demikianlah Allah
menerangkan misal-misal perbandingan.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Sample Text
PERATURAN MEMBACA BLOG:
2) Tidak betanggungjawab dengan sebarang dakwaan jika menciplak artikel dalam blog ini.
3) Pandangan dan pendapat penulis tidak semestinya betul.











.jpg)
.jpg)






