Sunday, February 10, 2013

MAHASISWA MENGGANAS

Mahasiswa meletakkan calon untuk bertanding dalam PRU13..
Atas tiket apa mereka akan bertanding? Pakatan Rakyat , Bebas atau UMNO?
Cukupkah pengalaman mereka ingin bergelar 'wakil rakyat'? (bukan lagi MAHASISWA)
Bicara soal pengalaman terlalu panjang lebar jika dihuraikan..
satu contoh aku berikan;
Adakah calon mahasiswa itu ada pengalaman mengundi pada tahun 2004, 2008?
ataupun 2013 merupakan kali pertama mengundi? kikiki

Kalau betul pakatan rakyat setuju mereka bertanding atas tiket pakatan rakyat ,maknanya betullah Najib akan jadi ketua pembangkang nanti..kahkah..
Kalau calon mahasiswa bertanding atas tiket bebas , samar-samar je muka Najib di parlimen kelak..kikiki



Bukan senang beb umur setahun jagung mewakili suara orang Pekan..
Isu sosial di Pekan ,Pahang sehingga hari ini belum selesai walaupun diwakili oleh wakil rakyat bergelar
 PM..
Apatah lagi Mahasiswa....

Bagi pandangan aku;
Aku tidak bersetuju..
Demokrasi meraikan suara mahasiswa ,tapi bukan dengan PRU..
fikir-fikirkanlah..

Posted on Sunday, February 10, 2013 | Categories:

Thursday, February 07, 2013

Skrip Lama


Kah kah kah...
Aku dah jemu dengan telatah korang..
Asyik ulang skrip sama je dekat-dekat nak PRU nih..
choiii..

tolonglah jangan jadi badut lagi..
nampak bodo sangat dah..
buat apa isi borang UMNO BN dua kali..diulang. dua kali.
kikikiki..
UMNO masuk UMNO.. ??
 
mengarut lah keje depa ni..
try pi cek yang berdiri belakang-belakang tu mengundi pun tak boleh lagi..
kikikiki..
sudah-sudahlah..


Posted on Thursday, February 07, 2013 | Categories:

Wednesday, February 06, 2013

Kisah AKU

Aku dan teman-temanku berteriak hidup BN, hidup BN .. sambil tangan memegang bendera BN yang entah ke mana pergi tangkainya, sempat juga aku melambai-lambai tangan ke arah pemimpin berjiwa rakyat itu .. selesai najib berarak pergi , baru aku perasan bendera aku pegang rupanya terbalik.. oh!!malunya dengan PM..

Aku segera berlari pulang ke rumah ,lalu segera ke dapur mendapatkan air di dalam peti sejuk.. air masak sejuk penghilang dahaga disaat berada dibawah mentari terik membakar kulitku..tidak mengapa..itu satu pengorbanan bagiku untuk PM kesayanganku..Aku ulang, air masak sejuk.

Fuhh! lega sekali terasa tekakku..sambil terkenang saat manisnya perdana menteri melintasi dihadapanku sambil tersenyum sinis kepadaku.. sempat juga aku membalas senyumnya..aku masak sejuk penghilang dahagaku jua..

Perasaanku sungguh gembira sekali kerana kali pertama PM datang ke kampungku..Terima Kasih PM.. I LOVE YOU..

Inilah kampungku..dan itu adalah aku..



Aku tak kesah semua itu..aku adalah aku..





tapi apa yang aku dapat?
Posted on Wednesday, February 06, 2013 | Categories:

Sunday, February 03, 2013

PSY

Hari-hari mesti terkeluar zikir #BodohTadbirBN dari mulut aku.. Dah tu asyik buat kerja gila je.. Nasib baik la aku tak dikurniakan otak seperti macai.. masih waras..

Walaupun agenda 'pancing undi' tu belum berlangsung lagi tapi aku dah mula panass,,,Sambutan tahun baru panggil PSY? apa kaitan beb?????  Konsert RM 2,000,000 tu Najib nak bayar guna duit siapa??

Kepada  semua macai  meh,aku ajak korang berfikir secara waras kejap..

1) bayangkan duit sebanyak tu Najib gunakan untuk biayai kos rawatan pesakit di mana-mana hospital yang terdesak perlukan pembedahan segera?? 

2)Najib bantu masyarakat fakir miskin kat Malaysia..

RM 2 juta untuk persembahan PSY selama 60 minit
1 minit = 60 saat
60 minit =3600
2,000,000 / 3600 =RM 555.55

#rakyat malaysia 55 tahun merdeka setahun BRIM =RM500
bandingkanlah....

3)Najib bagi pendidikan percuma. 

4) Najib cuba langsaikan hutang negara.

baru comey..

tapi realitinya:


Posted on Sunday, February 03, 2013 | Categories:

Saturday, February 02, 2013

PROMO.


hanya sebelum PRU 13.. cepat jangan lepaskan peluang untuk menjadi wira..

beberapa hari kemudian...
                                                                :
                                                                :
                                                                :
                                                                :
                                                                :
                                                                :
                                                                :
                                                                :
                                                                :
                                                                :
                                                                :
                                                                :
                                                                :
                                                                :
                                                                :
setelah pulang dari GAZA..


Gambar atas.
Kak Jat : Tahniah jib ..kau memang hero 1 Malaysia..

Abg Jib: bukan senang beb nak pergi gaza..

Kak Jat : ambik ni upah kau pergi sana..



Gambar bawah.
Tun M: cilakee..kat aku taknak bagi..siap kau jat..

Kat Jat: mudah-mudahan kontrak lembu aku bertambah lah lepas ni..%^&*

Abg Jib: semoga dengan ini rakyat tak nampak penyelewengan yang telah aku lakukan..

Kak Mah: Untung jadi isteri PM..yes!!



Posted on Saturday, February 02, 2013 | Categories:

Benggali.

Bapa aku benggali..
kerala mari neyy..
mak aku juga benggali..
kerala juga mari..
tetapi aku seorang bumiputera...
Dan aku jadi perdana menteri...

#Hidup Melayu..2x

Posted on Saturday, February 02, 2013 | Categories:

Berbelit


Masa dalam Barisan Nasional dulu, selalu tengok orang-orang Barisan Nasional ni macam pembelit je.. tukar pegi ke Pakatan Rakyat, terus aku terbelit-belit.. Sekarang aku dah insaf, kembali kepada Barisan Nasional. Tahun ni Barisan Nasional di dadaku..





Posted on Saturday, February 02, 2013 | Categories:

OH!!!!



Sesungguhnya tidak ada yang lebih menyayat hati
Dari melihat bangsaku dijajah
Tidak ada yang lebih menyedihkan
dari membiarkan bangsaku dihina
Air mata tiada ertinya
Sejarah silam tiada maknanya
Sekiranya bangsa tercinta terpinggir
Dipersenda dan dilupakan

Bukan kecil langkah wira bangsa
Para pejuang kemerdekaan
Bagi menegakkan kemuliaan
Dan darjat bangsa
Selangkah bererti mara
Mengharung sejuta dugaan
Biarkan bertatih
asalkan langkah itu yakin dan cermat
bagi memastikan negara
merdeka dan bangsa terpelihara
air mata sengsara
mengiringi setiap langkah bapa-bapa kita

Tugas kita bukan kecil
Kerana mengisi kemerdekaan
Rupanya lebih sukar dari bermandi
Keringat dan darah menuntutnya
Lagi pula apalah ertinya kemerdekaan
Kalau bangsaku asyik mengia
Dan menidakkan,
Mengangguk dan membenarkan,
Kerana sekalipun bangganya negara
kerana makmur dan mewahnya
bangsaku masih melata
dan meminta-minta di negaranya sendiri

Bukan kecil tugas kita
Meneruskan perjuangan kemerdekaan kita
Kerana rupanya selain memerdekakan,
Mengisi kemerdekaan jauh lebih sengsara

Bangsaku bukan kecil hati dan jiwanya
Bukankah sejak zaman berzaman
Mereka menjadi pelaut, pengembara
Malah penakluk terkemuka?
Bukankah mereka sudah mengembangkan sayap
Menjadi pedagang dan peniaga
Selain menjadi ulama dan ilmuwan terbilang?
Bukankah bangsaku pernah mengharung
Samudera menjajah dunia yang tak dikenal
Bukankah mereka pernah menjadi
wira serantau
Yang tidak mengenal erti takut dan kematian?

Tugas kita belum selesai rupanya
Bagi memartabat dan memuliakan bangsa
kerana hanya bangsa yang berjaya
akan sentiasa dihormati
Rupanya masih jauh dan berliku jalan kita
Bukan sekadar memerdeka dan mengisinya
tetapi mengangkat darjat dan kemuliaan
buat selama-lamanya
Hari ini, jalan ini pasti semakin berliku
Kerana masa depan belum menjanjikan syurga
Bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa

Perjuangan kita belum selesai
Kerana hanya yang cekal dan tabah
Dapat membina mercu tanda
Bangsanya yang berjaya
Posted on Saturday, February 02, 2013 | Categories:

Membeli belah

Minggu lepas, aku keluar jalan-jalan di sebuah mall .. kebetulan ada kawan ajak hangout disitu.. aku sampai agak awal masa tu.. sambil menuggu kawan aku tu sampai aku lepak dekat foyer mall tu..aku perhatikan saja gelagat manusia disitu..dan ada satu kawasan tu,ramai gila orang.. aku pun pergi dekat untuk tengok apa benda dorang usha tu..


Jeng, jeng, jeng.. 



# siap bercorak strawberi, kelas kau jat..












Hanya seekor lembu ternakan sahaja.. mungkin lembu kak Jat terlepas kot dari kondo .. yelah dah terbiasa tinggal di dalam kawasan berhawa dingin.. yang aku hairan jinak sungguh lembu Kak Shahrizat nih..

p/s; bijak Kak Jat dan Suami bela lembu.

Posted on Saturday, February 02, 2013 | Categories:

Friday, February 01, 2013

Mati

Maaf nyamuk... hayatmu tak panjang.. sebelumku terasa gatal kau telah pun ku penyek.. bukan rezekimu hendak  menikmati darah mudaku.. mungkin kau bebas menghisap darah orang lain, tetapi maaf bukan aku orangnya..

Pemergianmu takkan ku tangisi.....

#nasib nyamuk seperti BN..




Posted on Friday, February 01, 2013 | Categories:

BODEK

Malaysia memang negara Jakun. Kerana PM si Najib nak datang, dikerah DBKL membuang bendera Pakatan Rakyat. Apabila dihalang DBKL berlakon pula buang bendera BN sekali. Apabila diperiksa diseluruh Bandar Tun Razak masih berlambak lagi bendera BN tidak diturunkan sekali. Siap panggil polis mengiringi mereka. Nampak sangat yang UMNO,DBKL ni penakut nak mampus. Nak jaga periuk nasik la katakan.

Kenapa perlu mengampu? 

1) nak jagi wakil rakyat ke?
2) nak kontrak bela lembu ke?
3) nak tunjukkan kau tu masih dihati rakyat ke?

Sudahlah....






kalau Najib nak sangat silakan ambik.. pada aku 'ia lebih baik dari berada dalam parti'..Abg Jib nak ke macai-macai ni??kahkah..

Tak perlu dipersoalkan lagi lah kredibiliti mereka kerana jelas tertampang jenis kaki mengampu..


Posted on Friday, February 01, 2013 | Categories:

Syiah Di Syria


PERISTIWA SYRIA.

Syria merdeka dari penjajahan Perancis pada 1945, dan telah diperintah oleh anak bangsa Syria sendiri sehingga zaman Hafez Al-Assad yang telah memerintah selama 32 tahun dan diikuti oleh anaknya Basyar Al-Assad yang telah memerintah selama 11 tahun. Syria telah menjadi negara yang diperintah oleh diktator.

Hafez Al-Assad berpegang pada Syiah Nusairiyah, yang menyimpan perasaan dengki terhadap rakyatnya daripada MUSLIM SUNNI, yang mencaci dan menghina Saidina Aishah dan Ummahatul Mukminin radhiyallahu anhum, diharamkan sembelihan mereka, mereka melakukan kejahatan yang pelbagai, mereka tidak solat di masjid kita (ASWJ).
Kerajaan Syria didokong oleh Iran yang terkenal dengan Syiahnya, bahkan Hafez sendiri merupakan pelampau Syiah.
Syeikh Hassan seterusnya menceritakan tentang Syria yang mana 6 peratus darinya merupakan Syiah Alawie, 10% darinya beragama Kristian dan 84% daripada rakyatnya beragama Muslim Sunni. Iran mempertahankan tindakan ganas regim Hafez yang membunuh rakyatnya sendiri, begitu juga Hizbullah di Lubnan juga menyokong tindakan Hafez Al-Assad.

BERMULA ZAMAN AYAHNYA- Hafez Al-Assad- konflik berdarah di Hama pada tahun 1982 yang berlaku selama 27 hari mengorbankan hampir 46000 ribu penduduk Hama. Peristiwa ini menyebabkan rakyat Syria mendiamkan diri dari politik sekian lama.
Rakyat mula kembali bangkit terhadap kezaliman yang berlaku semenjak 8 bulan yang lalu.
Permulaan revolusi berlaku di Hama, kemudian merebak ke bandar-bandar lain seperti Dar'aa, Hauran, Halab bahkan sehingga ia berlaku di 157 tempat di Syria.

PUNCA KEBANGKITAN ADALAH : Ada sekumpulan kanak-kanak seramai lingkungan 28 orang bermain-main dan telah menulis sesuatu di dinding sekolah mereka. Apa yang ditulis oleh kanak-kanak ini ialah RAKYAT MAHU JATUHKAN KERAJAAN. Slogan ini telah dilaungkan di negara2 yang berlaku kebangkitan rakyat. Pasukan keselamatan Syria telah menangkap kanak-kanak ini. Mereka telah diseksa dengan cara mencabut kuku-kuku kaki dan tangan mereka. Salah seorang kanak2 itu telah meninggal dunia dan keluarganya meminta mayat kanak2 itu serta kanak2 lain dilepaskan. Kerajaan telah meletakkan syarat dimana bila mahu lepaskan kanak2 itu, mereka perlu memberi wanita2 dikalangan mereka untuk dinikahi oleh puak2 kerajaan Syria ini ( satu bentuk penghinaan), maka berlakulah kebangkitan di Syria.

BENTUK KEZALIMAN YANG BERLAKU SEPANJANG TEMPOH SAURAH.

1-Dalam masa 42 hari telah terbunuh Syahid seramai 4000 orang rakyat Syria.
2-39000 orang telah cedera, mereka tak dirawat dan dibiarkan sahaja.
3-Satu peristiwa di mana seramai 19 orang doktor di hospital dan 40 orang pesakit di hospital tersebut dibunuh tentera Assad di wilayah Doma.
4-9000 tahanan ditahan.
5-413 orang telah syahid di dalam penjara.
6-Wanita2 diculik dan dibawa ke tempat yang tak diketahui. Wanita ini telah dirogol di hadapan abang2, ayah, anak2, dan ahli keluarga mereka. Sebelum dirogol, mereka digari terlebih dahulu.
7-Seorang ukhti bernama Zainab Al-Husni dari Hims, di Madinah Khalid bin Al-Walid. Beliau telah ditangkap dan mahu diperkosa oleh tentera yang menangkapnya. Tetapi beliau melawan. Lantas beliau dibunuh dan telah dipotong 4 KERAT.. Anggota badan yang dikerat itu dimasukkan ke dalam plastik, lalu dicampakkan ke hadapan keluarga beliau.
8-Mengucapkan takbir merupakan sesuatu yang tidak disukai.
9-Menyuruh tukar Laa Ilaha Illah Basyar Asad.
10-Basyar Assad juga daripada kelompok Syiah yang terkeluar daripada Islam dan mengharuskan untuk membunuh Muslimin Sunni..84% daripada posisi kepimpinan Rejim Basyar Assad dipegang oleh kaum keluarga mereka yang terdiri daripada 3 keluarga besar, 6% daripada posisi tersebut pula daripada kaum Ajam dan 10% lagi daripada golongan Kuffar.. Tiada posisi bagi Ahlus Sunnah wal Jamaah..Kezalimannya terhadap wanita dan kanak2 juga terlalu dahsyat melebihi Israel..rakyat2 Sunni dibunuh sesuka hati tetapi walau seorang Israel pun tidak ditumpahkan darah..hasbunallahu wa neemal wakeel..



#RAKYAT YANG KELUAR BERDEMONSTRASI AKAN MANDI DAN BERWUDHUK KERANA MEREKA YAKIN TIDAK AKAN KEMBALI LAGI...

FATWA ULAMA TENTANG SAURAH DI SYRIA.

Rabitah Ulama Syria yang diasaskan oleh Dr Ali As-Sobuni dan Rabithah Ulama Sedunia telah berfatwa kepada rakyat Syria agar mempertahankan rumah mereka daripada keganasan tentera walaupun dengan menggunakan pisau dengan berdalilkan hadis berikut;
#"Barangsiapa terbunuh mempertahankan hartanya, maka dia syahid ; barangsiapa terbunuh mempertahankan ahli keluarganya, maka dia syahid; atau mempertahankan agamanya, maka dia syahid" -hadith ini dikeluarkan oleh Abu Daud dalam Sunannya (2/275) An-Nasaie dan Tirmidzi dan disahihkan oleh Imam Al-Albaniy dan Ahmad (1652 dan 1653) dari jalan Said Bin Zaid dan sanadnya Shahih.

PERKARA TERBARU.

1-Masa depan kebangkitan ini begitu baik. ia berterusan dan semakin kukuh. Lebih 30000 tentera yang terdiri dari pegawai telah bersama rakyat. Mereka ini telah melindungi orang2 yang turun berdemo kerana tidak tahan melihat kekejaman rejim Basyar Assad ini yang sesuka hati membunuh rakyatnya sendiri.
2-Pertubuhan2 Arab (Liga Arab) telah mengambil pendirian tentang apa yang telah Syria lakukan terhadap rakyatnya. Mereka tidak membenarkan pegawai2 Syria memasuki tanah mereka. tetapi ada dua negara yang tidak berpendirian sedemikian iaitu Iraq dan Lubnan. Iran tidak berpendirian sedemikian kerana pemimpin Syria merupakan orang Syiah dan mereka selalu meminta pertolongan dari Iran kerana Iran merupakan negara Syiah.
3-Syeikh Yussuf Al-Qaradhawi telah mengeluarkan fatwa bahawa mereka yang terbunuh dalam keadaan yang sebegini adalah seorang yang SYAHID....
4-95% ulama Syria telah bersama dalam kebangkitan rakyat ini.
5-19% negara-negara Arab telah mewajibkan sekatan politik dan ekonomi ke atas Syria.

KENAPAKAH KITA KURANG MENGETAHUI DENGAN JELAS ISU SYRIA?

1- Gambaran tentang Syria agak tidak jelas bila dijelaskan oleh media2, kerana itu Syeikh Hassan dihantar bagi menjelaskan apakah sebenarnya yang berlaku di SYRIA..
2-Media2 barat sebenarnya tidak mahu manusia dunia tahu akan apakah sebenarnya yang berlaku di Syria. Lalu mereka telah memutarbelitkan fakta.
3-Syeikh Khalid Hasan bercerita, ketika beliau di Indonesia dan bertemu dengan seorang teman, teman itu berkata dia lihat di akhbar bahawa ramai orang menyokong Kerajaan Syria. TV Indonesia juga menyiarkan bahawa ramai yang menyokong Kerajaan Syria yang dipimpin oleh Basyar Al-Assad. Apa yang berlaku sebenarnya ialah, kerajaan telah mengumpulkan pegawai2nya supaya berkumpul dalam erti kata lain mahu menunjukkan kepada dunia bahawa Basyar Al-Assad ini mempunyai ramai yang menyokong beliau.
4-Jangan terpedaya dengan kenyataan2 yang kita dengar dari ahli intelektual Syria dan ahli politik Syria bahawa yang Syria menentang Israel. Tetapi, sejak zaman ayah Basyar Al-Assad lagi (Hafez Al-Assad) tidak satu peluru pun yang singgah ke tanah Israel. Bahkan Tanah Tinggi Golan yang terletak di Tanah Syria telah dikuasai oleh Israel.
5-Kita banyak tidak tahu tentang Isu Syria selama ini sebab media telah dikawal oleh pihak rejim Basyar Assad. Manakala sumber media lain tidak dibenarkan memasuki Syria untuk membuat liputan. Segala gambar dan video yang menjadi bahan bukti adalah hasil rakaman daripada para pendemonstrasi yang bertekad untuk merakam sendiri kezaliman tersebut dan kebanyakan daripada mereka telah menemui syahid. Sebahagian rakaman lain telah dijual oleh tentera rejim Basyar Assad dengan harga 100 dolar. Syeikh Dr Khalid Hassan Al-Hindawi merupakan delegasi khas Syeikh Dr Yussuf Al-Qaradhawi ke Asia Tenggara untuk menyampaikan dan menyebarkan berita sebenar.

PERANAN KITA SELAKU SEORANG MUSLIM & SELAKU SEORANG MANUSIA.

-Mendoakan saudara kita di Syria
-Menghulurkan bantuan untuk mereka dari segi kewangan
-Menyebarkan berita sebenar tentang apa yang berlaku di SYRIA.

Ingatlah Saudaraku, Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
"Barangsiapa yang tidak mengambil tahu hal orang Islam yang lain, maka bukan dari kalangan KAMI"
dan ingatlah selalu akan tempat kembali bagi mereka yang zalim:

Kalam Saidina Ali KWJ; "Sesungguhnya negeri yang batil itu sekejap sahaja sedangkan negeri yang benar itu tetap sehingga datangnya kiamat".

Firman Allah Taala dalam Surah Al-Isra' ayat 81;
"Dan katakanlah :Telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufurdan syirik) ; sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap".

Firman Allah dalam Surah Ar-Ra'd ayat 17 ; adapun buih itu maka akan hilang lenyaplah ia hanyut terbuang, manakala benda-benda yang berfaedah kepada manusia maka ia tetap tinggal di bumi. Demikianlah Allah menerangkan misal-misal perbandingan.
Posted on Friday, February 01, 2013 | Categories:

Peranan Anak Muda


Aku akui anak muda hari ini telah cakna tentang isu semasa. Lebih-lebih lagi berkaitan politik negara. Ada yang jenis mengampu, dan ada yang jenis membangkang. Bagi aku prinsip mereka aku tak mahu kacau. Tapi aku tak faham jenis macai yang terlampau taksub dengan kepartian tok nenek mereka. Apa lah yang mereka perjuangkan sangat tuh??

P/s: cuba cerita dekat admin apa pendirian korang?

Posted on Friday, February 01, 2013 | Categories:

Thursday, January 31, 2013

KENALI SEJARAH

Imbas kembali......











Posted on Thursday, January 31, 2013 | Categories:

Generasi Muda Perlu Setia Pada Perjuangan



Ramai yang terpesona dengan kata-kata Bung Karno yang mengimpikan kualiti 10 pemuda yang bakal diasuh menjadi penggoncang dunia. Kualiti golongan tua hanya berguna untuk mencabut akar rumput. Begitulah harapan yang tesemat dalam jiwa pejuang kemerdekaan Indonesia itu.

Saidina Umar r.a juga mengimpikan sekelompok generasi yang berkualiti yang berupaya mengangkat perjuangan, menerus kegemilangan dakwah Islamiah. Maka kualiti generasi adalah sesuatu yang amat penting. Justeru Pak Natsir menegaskan kelahiran pemimpin bukan di bilik kuliah tetapi dari gelodak pergelutan masyarakat.

Ia setingkat lebih tinggi dari kualiti pencak di gelanggang teori yang hanya berdiri jauh dari realiti. Generasi muda seharusnya berani membuka langkah di medan amali berhadapan dengan seribu satu karenah masyarakat demi mencipta kegemilangan perjuangan.

Generasi muda mesti setia dengan perjuangan. Setia dengan perjuangan mesti bermula dari ilmu dan sedar. Ilmu tanpa sedar umpama 'tikus yang mati kelaparan di kepuk padi, itik yang mati kehausan di air'.

Sedar tanpa ilmu pula laksana mereka yang malu bertanya lantas sesat di perjalanan. Pendita Za'aba membangkitkan idea kemiskinan jiwa dan cita-cita. Beliau tidak menolak kemiskinan ekonomi tetapi kemiskinan jiwa dan cita-cita mesti diselesaikan dahulu. Apabila jiwa bangsa tumbuh mekar dan menyegar, ia kaya dengan segala kekuatan bagi menghadapi segala cabaran.

Begitu juga dengan kemiskinan cita-cita perlu ditangani bagi mengekang kehilangan jati diri bangsa. Bangsa tanpa cita-cita adalah bangsa yang tidak bergerak kemana-mana, statik dan membeku dan hanyut dalam persada agenda bangsa lain. Sebagai contohnya apabila kita menoleh kepada peperangan budaya sekarang yang dicorakkan oleh budaya 'Amerikanisasi' yang terlihat dimana-mana.

Walaupun ia berakar dari faham kapitalisme, tapi ia mewakili cita-cita orang Amerika Syarikat. Demikian juga dengan kejayaan bangsa Jepun, Jerman dan Perancis yang tidak kunjung padam mewarnai citra masyarakat sejagat.

Maka di sinilah terletaknya keperluan generasi muda untuk memahami erti perjuangan dengan kefahaman yang mendalam. Setelah itu perlu setia dan istiqamah mempertahankannya. Setia dengan idealismenya dan setia dengan kaedah perjuangannya.
Dugaan dalam mempertahankan kesetiaan terhadap perjuangan datang dalam pelbagai bentuk. Kegelojohan mengejar kedudukan misalnya.

Keinginan untuk mengukuhkan kedudukan waima dengan mengunakan kaedah yang bobrok menghakis kesetiaan kepada perjuangan. Fitnah, adu domba, penipuan dan perangkap teknikal hanya menghodohkan rupa pelakunya dalam persaingan merebut jawatan.

Perlu diingat jawatan kadangkala hanya satu kedudukan. Ia terpulang kepada penjawatnya samada hendak digunakan ke arah kebaikan atau kemusnahan. Masih ramai lagi yang tidak bergelar, mempunyai pengaruh sekaligus bakti yang kaya di tengah masyarakat.

Jangan kita generasi muda terkesima dengan seruan perpaduan semata-mata. Kita sekonyong-konyongnya memberikan sokongan tanpa memikirkan tujuan dan kesan yang bakal timbul. Barang diingat saling bertolongan dan berkerjasama adalah dalam perkara kebaikan dan taqwa. Bukan untuk melindungi kejelekan dan mengekalkan kefasadan. Jika perkara ini berlaku maka ia adalah perangkap dan muslihat pihak yang berkepentingan.

Maka untuk mengekalkan kesetiaan terhadap perjuangan, generasi muda seharusnya teguh menilai sesuatu perkara dengan sikap untuk mencari kebenaran. Istilah 'fatabayyanu' seperti yang digunakan dalam al-Quran dalam menapis berita dari orang-orang yang fasid mesti dihayati oleh pejuang-pejuang muda.

Kita seharusnya khuatir agar tidak tergolong dalam kelompok penyebar kebohongan. Jika kita hanya menghalakan pendengaran kita pada sebelah pihak sahaja maka kesetiaan yang akan terbentuk bukan terhadap perjuangan tetapi terhadap kelompok yang kita dengari sahaja.

Kesetiaan generasi muda kepada perjuangan mestilah dibina dengan bantuan masyarakat. Tanpa bantuan daripada semua pihak kesetiaan generasi muda terhadap perjuangan akan terhakis dan akhirnya hilanglah watak kepemudaan dalam perjuangan. Kehilangan ini akan meruntuhkan peradaban dan meragut dinamika perjuangan yang amat diperlukan bagi mempertahankan maruah umat dan negara.

Semangat generasi muda terhadap perjuangan menegakkan kebenaran dan keadilan jangan dibunuh. Alasan keharmonian, kestabilan dan kemajuan digunakan dengan sewenang-wenangnya sehingga memesongkan generasi muda dari terus setia dengan perjuangan.

Tambahan pula kejujuran dalam meluahkan fakta yang menafikan keintelektualan generasi muda adalah amat memualkan. Marilah kita dengan penuh rasa tanggungjawab membina kesetiaan generasi muda terhadap perjuangan memartabatkan ummah.


Oleh:AMIDI ABDUL MANAN, Presiden, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
Posted on Thursday, January 31, 2013 | Categories:

Suspek Di Kesan


Susulan dari perhimpunan aman pada 12.1.2013, pihak polis Kuala Lumpur telah membuka siasatan berhubung dengan kesalahan pelanggaran syarat oleh pihak penganjur perhimpunan kebangkitan rakyat (kl 112), khususnya membawa kanak-kanak dibawah umur 15 tahun dalam perhimpunan tersebut. Perbuatan membawa kanak-kanak dibawah 15 tahun menjadi satu keselahan dibawah sek. 4(2) akta perhimpunan aman 2012 dan dibawah sek. 31(1)(a) akta kanak-kanak 2001. Jika disabit bersalah kesalahan-kesalahan tersebut membawa hukuman berikut: 

i. Sek. 4(2) akta perhimpinan aman 2012 boleh dihukum denda tidak melebihi RM 20,000 

ii. Sek. 31(1)(a) akta kanak-kanak 2001 boleh dihukum denda tidak melebihi RM 20,000 dan penjara tidak melebih 10 tahun atau kedua-duanya sekali 

Oleh itu pihak polis Kuala Lumpur memerlukan bantuan orang ramai yang mengambil bahagian dalam perhimpunan tersebut untuk tampil memberi keterangan kepada polis. Gambar-gambar saksi yang boleh membantu dalam siasatan telah dirakam semasa mereka mengambil bahagian dalam perhimpunan tersebut. 

Dengan itu pihak polis kuala lumpur menyiarkan beberapa gambar saksi-saksi berkenaan untuk tampil membantu dalam siasatan. Pihak polis juga menyeru saksi-saksi yang gambar mereka disiar menghubungi terus pegawai penyiasat kes asp tonny lunggan tel. Bimbit o14-6225262 atau pejabat 03- 90516222 atau berhubung dengan balai polis yang berhampiran. 

Mana-mana orang ramai yang mempunyai maklumat akan saksi-saksi tersebut diminta menghubungi pegawai penyiasat tersebut diatas atau mana-mana balai polis yang berhampiran. 

Setakat ini kerjasama orang awam dalam siasatan ini amat mengalakkan dan pihak polis merakam ucapan terima kasih.

Antara suspek yang dapat dikenali :






P/s : adik macai bawak balik apa ney??
Posted on Thursday, January 31, 2013 | Categories:

Wednesday, January 30, 2013

Menghasut

Wahai orang Melayu.. Ambillah iktibar.. 55 tahun Sabah diperintah UMNO/BN negeri itu adalah antara yang paling mundur sekali. Jalanraya pun boleh dibilang dengan Jari. Sekolah Mereka beratap rumbia. Lebih bagus ikut sungai dari ikut jalanraya disana yang berlumpur, bertanah serta berlubang-lubang jika nak berhubung dengan dunia luar. Guna akal kita yang Allah swt berikan Wahai Melayu..!! Sabah negeri kaya minyak apa yang berlaku..?? dimana wang royalty mereka.. Mereka kaya dengan Balak dan hasil hutan melimpah ruah.. Dimana wang hasil tersebut.. Hanya yang kita lihat ialah Dimana ada Rumah yang dah nak runtuh disitulah terpacaknya bendera UMNO BN. Kita Di Semenanjung pun dah banyak yang jadi begini. Kita semua cukup kaya dengan hasil bumi.. Tetapi yang hidup senang bertuhankan kekayaan serta kesombongan hanya pemimpin BN.. Sedar-sedarlah Wahai Melayu.. Kita cuba 5 tahun dibawah Pakatan Pula. Buanglah UMNO yang penuh penipuan dan rasuah ini.. Ini Kalilah..Jom Ubah


Posted on Wednesday, January 30, 2013 | Categories:

Thursday, December 06, 2012

kebijaksanaan yahudi

Aku tak sempat nak update blog buat masa sekarang. tapi aku sentiasa follow isu yang berkaitan politik semasa. makin nazak! bahkan kemungkinan lebih teruk menjelang PRU akan datang. untuk update pasal tu nanti lah aku share. dan mungkin pembaca pun dan maklum berkenaan perangai puak-puak ni.

Saja aku nak share satu artikel ni untuk maklumat aku sebenarnya.


Bijak sungguh yahudi memperdayakan kita umat Islam, mereka suruh kita minum susu lembu buatan mereka, tapi mereka minum susu kambing, mereka minum apa yang diminum oleh Nabi kita Muhammad SAW. Mengapa kita tidak ikut nabi kita, kita ikut orang yahudi tapi ternyata mereka mengikut apa yg nabi kita makan dan minum.

Teruskan membongkar kebijaksanaan yahudi menipu umat Islam... Kata-katanya ini adalah bertepatan dengan hadis Rasullulah: "Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil"

Antara 'barangan mereka' yang telah dijadikan ikutan oleh kebanyakan dari kita.

1. Kita diajar dalam buku biologi, buku pemakanan (kajian dan terbitan para kafir ni) bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam tetapi sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman. Nak ikut kafir ke nak ikut nabi kita? Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sbb hati merupakan organ dimana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan. so kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam. makanlah kita toksin tersebut serta bengaplah otak kita umat Islam sebab percaya buku sains keluaran kafir ini.

2. Kita diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan. Namun sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi kita selain susu dan madu. Cuba tengok Yahudi, mereka minum kopi, Starbuck. Profesor di UK yang Yahudi semua ada segelas kopi dit tangan mereka.

3. Kita diajar memakan kambing tinggi kolesterol, namun kambing juga adalah makanan Nabi kita. Seolah-olah buku sains ni nak merendahkan pemakanan Nabi kita. Sebenarnya daging kambing adalah daging paling kurang kolesterol.

4. Kita diajar bahawa makan McDonalds adalah bagus, namun sebenarnya McDonalds adalah makanan yang sangat tinggi MSG dan kolesterolnya dan paling banyak lemak tepu trans.

5. Para kafir ni juga menggalakkan kita minum dan makan makanan yang langsung tak berkhasiat , contohnya coke dan maggi . Coke tu sangatlah beracun, pastu sangat tidak bagus untuk kesihatan (gula tinggi, berasid, pH dalam lingkungan 3.5, ada racun tersembunyi) . Dan para Melayu kita juga yang ketagih minum.

6 . Untuk pengetahuan, para kafir agen dajjal ni gak mengwar-warkan kebaikan minum soya (sebab USA merupakan pengeluar soya terbesar), namun sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan. selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser payudara, kanser ovari, kanser prostat, serta melemahkan otak dan tulang sbb dalam soya ada hormon estrogen yang sama dgn estrogen kat wani ta. pastu soya ada phytic acd yang membuatkan penyerapan kalsium, magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas.

Secara kesimpulannya para kafir ajen Al-Masih Dajjal ni bukan setakat melemahkan kita dari segi lain namun secara pemakanan kita jua.


Posted on Thursday, December 06, 2012 | Categories:

Wednesday, November 14, 2012

Apakah itu AES?


TAHUKAH ANDA?
                                                                                  

a) Apa itu AES – Automated Enforcement System 

AES ialah suatu kaedah penguatkuasaan peraturan & undang-undang lalulintas secara automatik yang beroperasi 24 jam tanpa henti walau dalam apa jua keadaan cuaca.

b) Bagaimana AES beroperasi?

AES beroperasi dengan pemasangan kamera automatik di lokasi-lokasi tertentu seperti jalanraya, lebuhraya & persimpangan lampu isyarat. Kamera akan menangkap gambar kenderaan yang melakukan kesalahan & dihantar ke pusat kawalan AES kemudian diedit & disahkan lalu dihantar ke pusat AES JPJ. JPJ akan mengesahkan kesalahan & butiran pemilik kenderaan & mengeluarkan saman kepada pemilik kenderaan.

c) Apa kesalahan yang dikuatkuasakan di bawah AES?

Setakat hari ini :
a) Memandu melebihi hadlaju; dan
b) Melanggar isyarat lampu isyarat.

d) Siapa yang mengendalikan AES?

AES dikendalikan secara bersama oleh JPJ & dua (2) syarikat swasta yang memasang kamera iaitu Beta Tegap Sdn Bhd & ATES Sdn Bhd.

e) Apakah teknologi yang digunakan?

Beta Tegap Sdn Bhd menggunakan kamera keluaran Redflex dari Australia manakala ATES Sdn Bhd menggunakan kamera keluaran Jenoptik Robot dari Jerman.

f) Di mana kamera AES dipasang?

Kamera AES dipasang di lokasi-lokasi kemalangan maut yang ditentukan oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalanraya Malaysia [MIROS]

g) Apa fungsi syarikat Beta Tegap Sdn Bhd & ATES Sdn Bhd dalam AES?

Kedua-dua syarikat ini diberihak oleh Kerajaan untuk memasang kamera di lokasi yang telah ditetapkan.

h) Adakah syarikat mendapat hasil daripada AES?

Ya, mengikut Model Kewangan dengan Formula 3 Langkah yang telah dipersetujui sejak tahun 2009, kedua-dua syarikat layak mendapat RM16 setiap saman yang dibayar.

i) Bagaimana AES dikuatkuasakan?

Saman dikeluarkan oleh JPJ kepada pemilik kenderaan supaya hadir ke Mahkamah di kawasan kesalahan dilakukan. Jika pemilik bukan pemandu ketika kesalahan dilakukan, pemilik hendaklah memberitahu JPJ maklumat pemandu dalam tempoh 30 hari dari tarikh Saman dikeluarkan.

j) Apa itu SAMAN

Saman ertinya suatu notis memerintahkan seseorang hadir ke Mahkamah.

k) Adakah SAMAN perlu dibayar?

Saman tidak WAJIB dibayar kerana SAMAN adalah perintah hadir ke Mahkamah bukan perintah untuk membayar denda.

l) Adakah kesalahan di bawah AES boleh dikompaun?

Kedua-dua kesalahan boleh dikompaun dengan tawaran kompaun juga RM300.

m) Apa itu kompaun?

Kompaun ialah tawaran denda kepada pesalah untuk membayar denda lebih awal dalam suatu tempoh yang ditetapkan untuk mengelak hadir ke Mahkamah.

n) Apa hukuman di bawah AES?

a) Seksyen 79 (2) – tidak mematuhi isyarat hadlaju (papantanda), denda minimum ialah RM300 dan maksimum RM2,000
b) Seksyen 79 (2) – tidak mematuhi isyarat lampu isyarat denda minimum RM300 dan maksimum RM2000

o) Apa akan berlaku jika seseorang yang menerima SAMAN tidak membayar kompaun?

Jika kompaun tidak dibayar, seseorang itu hendaklah hadir ke Mahkamah yang dinyatakan di dalam Saman pada tarikh dan masa yang ditetapkan. Kegagalan hadir ke Mahkamah seperti yang ditetapkan, suatu Waran Tangkap boleh dikeluarkan.

p) Apa itu Waran Tangkap?

Waran Tangkap ialah suatu perintah menangkap OKS untuk dibawa ke Mahkamah pada tarikh dan masa yang ditetapkan. Seseorang yang dikeluarkan Waran Tangkap tidak bermaksud telah melakukan kesalahan seperti yang didakwa tetapi sekadar untuk membawa beliau hadir ke Mahkamah bagi menjawab tuduhan.

q) Bagaimana proses Mahkamah dalam kes Saman AES?

Proses Mahkamah dalam Saman AES adalah sama seperti kes-kes yang lain.

Tuduhan akan dibacakan.

Contoh tuduhan

"Bahawa kamu pada 12/11/2012 jam lebihkurang 10:00 pagi di km 6.6 Jalan Kajang-Puchong dalam Daerah Puchong di Negeri Selangor sebagai pemunya berdaftar kenderaan motor WWW 1234 telah memandu kenderaan tersebut dengan kelajuan 123 kmsj iaitu melebihi hadlaju 80 kmsj yang telah ditetapkan bagi jalan tersebut, kamu gagal mengikuti peraturan isyarat (papantanda) yang sah di mana berlebihan hadlaju 43kmsj dan oleh yang demikian itu, kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah Seksyen 79(2) Akta pengangkutan Jalan 1987 dibaca bersama di bawah Seksyen 109(2) akta yang sama dan boleh dihukum di bawah Seksyen 79(2) akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333/87)"

Adakah kamu mengaku bersalah?

Jika OKS mengaku salah, maka pengakuan salah diterima & diminta untuk membuat rayuan hukuman. Hukuman Denda RM300 minima & maksima RM2000. Maka OKS boleh merayu hukuman diringankan. Mengikut prosedur biasa Mahkamah, mahkamah akan mengambil kira kesalahan pertama & lain-lain faktor seperti kewangan & tanggungan keluarga & penjimatan masa Mahkamah sebelum menetapkan hukuman. Kebiasaannya hukuman bagi kesalahan pertama ialah RM300 seperti yang ditetapkan & mungkin juga Mahkamah boleh melepaskan dengan jaminan berkelakuan baik.

Jika OKS tidak mengaku salah, maka Mahkamah akan menetapkan tarikh bicara di mana pihak pendakwa (JPJ) perlu membuktikan bahawa OKS melakukan kesalahan. Beban pembuktian terletak di pihak Pendakwaan bagi membuktikan OKS melakukan kesalahan. Bukti-bukti seperti gambar & lain-lain termasuk saksi-saksi akan dikemukakan semasa perbicaraan. Jika diakhir perbicaraan, OKS didapati salah, Mahkamah akan jatuhkan hukuman di mana hukumannya sama seperti mengaku salah. Jika diakhir perbicaraan pihak Pendakwa gagal membuktikan kesalahan, maka Mahkamah akan melepaskan OKS.
Posted on Wednesday, November 14, 2012 | Categories:

Tuesday, November 13, 2012

Soal Hati



Pernah tak kita terfikir dan cuba untuk selesaikan masalah ini? Kita baca Al-Quran tetapi rasa tidak seronok dan berat walaupun untuk menghabiskan satu mukasurat. Rasa hendak berhenti cepat-cepat sedangkan bila kita baca suratkhabar atau internet kita rasa seperti asyik dan leka. Kita berzikir tetapi hati kita fikir pe
rkara lain, sudah hendak tumpukan atau rasa kemanisan zikir itu sedangkan kita menyebut nama Yang Maha Agung. Bukankah didalam Al-Quran bagitahu bahawa hati akan menjadi tenang dengan berzikir. Mengapa hati kita tidak tenang walaupun kita selalu berzikir?



Kita solat sudah berpuluh tahun tetapi tidak dapat lagi hakikat khusyu ini. Bila kita angkat sahaja takbir Allahu Akbar macam-macam perkara yang datang dalam hati dan fikiran kita. Sedangkan diluar solat kita tidak pernah pun fikir perkara itu. Segalanya macam video yang diputarkan kembali, kita jadi lalai dalam solat sehingga kadang-kadang tu sampai lupa bilangan rakaat dan lupa apa yang kita baca. Kalau kita tanya ramai orang, mereka pun lupa surah apa yang tok imam baca walaupun solat baru selesai.

Ulama bagitahu mengapa terjadi demikian, puncanya adalah kerana kerana telinga, mata, mulut hingga hati kita telah sakit. Tidak ada mana-mana pakar pun yang mampu mengesan dan mengetahui sakit-sakit ini. Telinga kita sakit tak suka dengar bacaan Quran kerana telinga telah digunakan untuk mendengar lagu-lagu syaitan (yang melalaikan). Mata telah lihat aurat wanita, tengok anak dara orang, tengok perkara yang haram. Mulut cakap yang tak baik, mengumpat, hebah aib orang dan memfitnah. Akhirnya hati keras dan gelap. Tiada satu pakar pun yang mampu mengesan sakit ini.



Sakit yang sebenar bukanlah sakit luaran. Ingatkah kita kisah Nabi Ayyub AS yang menderita kerana sakit yang teruk? Hingga badan Baginda AS dimakan ulat-ulat. Baginda diuji oleh Allah dengan pelbagai ujian. Kekayaan hilang, ditinggalkan isteri, sakit teruk. Baginda tetap berdoa dan sabar kira-kira 18 tahun. Apabila baginda sihat dia telah ditanya “Bagaimana keadaanmu ketika kamu sakit”. Baginda menjawab “Ketika sakit ialah masa-masa bahagia aku kerana aku dekat dengan Allah!”. Sakit yang sebenar ialah sakit dalaman iaitu Iman. Sakit luaran(fizikal, demam, eksiden, patah kaki dll) ialah rahmat (Allah nak ampun dosa dan tingkatkan darjat)

Carilah hati kita dalam 3 perkara. Pertama ketika membaca Quran, adakah hati kita senang dengan Quran atau kita selalu perasan sibuk dan mahu terus berhenti. Jika tidak, yang kedua carilah hati ketika berzikir. Adakah kita ingat Allah dan insaf dan sedar diri. Jika tidak, yang ketiga carilah hati di dalam solat. Adakah tumpuan kita hanya pada Allah. Kalau dengan ketiga-tiga ini kita tak jumpa hati maka berdoalah kepada Allah agar kita diberikan hati oleh Allah kerana kita sudah tiada hati lagi.

Kalau jasad kita sakit maka segala makanan yang enak dan sedap sudah tiada selera. Makanan yang manis terasa pahit. Jasad kita dibuat dari tanah dan makanan juga dari tanah. Dengan makan ubat, berpantang dan makanan tertentu badan yang sakit akan kembali sihat. Apabila sudah sihat maka selera pun datang kembali. Roh kita juga berasal dari langit dan makanan juga dari langit. Dengan membetulkan hati kita agar kembali sihat dengan membaca Al-Quran, berzikir, solat dan berpantang dengan menjaga mata, mulut dan telinga maka hati akan menjadi bersih dan ruhani kembali sihat.




Posted on Tuesday, November 13, 2012 | Categories:

Sample Text

PERATURAN MEMBACA BLOG:

1) Agak tidak formal dari segi penggunaan bahasa dan lain-lain. jadi pahamkan sendiri.

2) Tidak betanggungjawab dengan sebarang dakwaan jika menciplak artikel dalam blog ini.

3) Pandangan dan pendapat penulis tidak semestinya betul.