Tuesday, February 07, 2012

Motivasi perjuangan

Assalamualaikum..

Jom tengok apa dia resepi perjuangan yang diamalkan oleh saudara Nasrudin Hassan dalam melayari perjuangan sebagai seorang ahli politik. semoga motivasi ini dapat dijadikan manfaat kepada semua.

1. Islam adalah satu - satunya cara hidup yang sempurna dan mulia. Justeru itu pastikan perlaksanaan Amal Islami dalam setiap detik kehidupan seharian kita sebagai seorang anggota Gerakan Islam pula menggalas amanah selaku pejuang Islam. Pastikan Islam difahami oleh setiap dari kalangan kita dengan tasawwur Ilmu Islam yang syumul [melalui pengajian, usrah dll] kemudian terjemahkan ilmu tersebut dalam jadual harian kita. Sebagai nilai tambah, kuasai apa jua disiplin ilmu yang boleh membantu perjuangan suci ini.


2. Perjuangan kita mencari redha Allah justeru itu pastikan setiap aksi dan ucapan kita tidak mencetus murka Allah. Perjuangan kita untuk memenangi hati manusia justeru itu usahakan dakwah dan kempen kita tidak meliarkan mereka. Perjuangan kita untuk memelihara kesucian Islam justeru itu pastikan kita tidak melakukan maksiat dan mungkar. Perjuangan kita untuk mendaulatkan Syariat Islam justeru itu pastikan kita menepati pra syarat kemenangannya.

3. Kita jadi mulia krn Islam. Tanpa Islam kita jadi hina. Kita jadi hebat krn ilmu. Tanpa ilmu kita jadi dungu. Kita jadi wira krn berani. Tanpa berani kita jadi penakut. Kita jadi gagah krn jamaah. Tanpa jamaah kita jadi lemah. Kita jadi wibawa kerana akhlak. Tanpa akhlak kita jadi culas.

4. Adab bersahabat senantiasa berbaik sangka. Adab berjamaah senantiasa bermusyawarah. Adab berjuang senantiasa istiqamah. Adab berkhilaf senantiasa berlapang dada. Adab bertelagah jangan melampau. Adab mengkritik jangan mencerca. Adab berdakwah jangan berkasar. Adab menilai jangan bias.

5. Kita selalu mudah dan cepat nampak kesalahan serta kesilapan orang lain lalu kita menghamburkan kritikan dan rasa marah kepadanya sementara kita selalu sukar dan lambat menyedari kesalahan serta kesilapan diri sendiri lalu kita sentiasa merasakan diri kita betul dan benar. Selayaknya kita mesti berlaku adil. Sebagaimana kita pantas memaafkan kesilapan serta menerima kekurangan diri sendiri maka demikianlah kita mesti sedia mengakui kelebihan dan menerima kebenaran orang lain.

6. Perjuangan kita ialah untuk meninggikan Kalimah Allah swt sehingga ia mengatasi ideologi ciptaan manusia yang bertentangan dengan kehendak Sang Pencipta Allah Jalla wa A'la. Justeru itu, perjuangan ini bukan kerana bencikan musuh. Perjuangan ini juga bukan kerana dendam pada musuh sebagaimana perjuangan ini bukan pentas untuk menunjuk keberanian maka ia juga bukan pentas untuk memperaga kemarahan. Sebaliknya perjuangan ini adalah untuk mendaulatkan syariat Allah swt, meluruskan tindakan ummah agar mematuhi akhlak Rasulillah saw serta memurnikan pemikiran musuh agar akur pada kesucian dan kemuliaan ajaran Islam yang diwahyukan oleh Allah swt Tuhan Yang Mencipta seluruh ummat manusia.

7. Sesungguhnya akan terungkai ikatan Islam serungkai demi serungkai apabila menular di dalam Islam orang yang tidak mengenali [ sepak terajang ] Jahiliyyah.{Saidina Umar al KhattabAmirul Mukminin Khalifah Islam kedua}

8. Hidup di dunia ini seperti sebuah persinggahan di R & R selusur highway. Manafaat sebijak mungkin masa dan kemudahan yang sediakan untuk persegaran, menambah bekal dan mengumpul upaya bagi meneruskan perjalanan menuju destinasi. Jangan sekali - kali leka dan lalai di persinggahan.

9. Sesungguhnya Nabi - Nabi as apabila siap memakai baju besi, maka ia siap turun ke medan - tidak akan berpatah balik dan merubah keputusannya. [ maksud al Hadis ]  
Justeru kita tidak punya peluang untuk pusing belakang, tidak punya ruang untuk sembunyi diri, tidak punya waktu untuk tidur lena dan tidak punya masa untuk rehat panjang , Ayuh pemuda ! kita bangkit menongkah cabaran, redah segala rintangan dan hadapi apa jua tentangan yang dihala kepada perjuangan suci ini demi meletakkan Syariat Allah swt sesuai pada tempatnya.

0 comments:

Sample Text

PERATURAN MEMBACA BLOG:

1) Agak tidak formal dari segi penggunaan bahasa dan lain-lain. jadi pahamkan sendiri.

2) Tidak betanggungjawab dengan sebarang dakwaan jika menciplak artikel dalam blog ini.

3) Pandangan dan pendapat penulis tidak semestinya betul.