Thursday, July 19, 2012

POLITIK 24 JAM


Assalamualaikum.

Musim bola sepak eropah (EURO) baru berakhir. Sewaktu pertandingan itu berada dalam musimnya, ia berjaya menarik berjuta manusia untuk meminatinya. Manusia sanggup berjaga malam termasuk juga aku semata-mata untuk menonton perlawanan yang diminati yang hanya datang empat tahun sekali. Apabila musim itu telah habis berakhir dengan team aku kalah (Belanda) ,tumpuan besar manusia tidak lagi ke situ. Banyak lagi agenda penting yang perlu dibereskan dalam kehidupan sehari.

Politik pun begitulah. Ia sewajarnya menjadi agenda bermusim dalam kehidupan manusia. Sepatutnya tumpuan siapa yang berkuasa hanya berlaku didalam satu tempoh masa dimana semua orang ‘dipaksa’ untuk memberi tumpuan kepadanya. Siapa belum mendaftar cepat-cepatlah . Apabila musim itu telah habis berakhir ,tumpuan besar manusia tidak lagi ke situ. Banyak lagi agenda penting yang perlu dibereskan dalam kehidupan seharian.

Situasi di Malaysia yang amalan demokrasinya amat primitif ini khususnya di era najib Razak ini, politik berkaitan penumpuan terhadap pilihan raya kelihatan berlaku sepanjang masa,khususnya sejak pilihan raya umum 12 Mac 2008 . usaha meraih sokongan dan menghasut kebencian terhadap pihak lain berlaku sepanjang tempoh itu tanpa henti walaupun sehari.

Ada orang yang cuba untuk tidak mahu mendengar propaganda politik melalui RTM, TV3 atau lain2 alternatif lain. Cukup lah kita hanya dibesarkan oleh wadah sedemikian. Adil sungguh kerajaan kita. Ada orang yang tidak mahu membaca berita mengenai kenyataan Ummi Hafilda ,Zulkifli Nordin ,Perkasa, Jati ,Tibai atau isu yang menghentam Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng-maka mereka tidak dapat mengelak kecuali langsung tidak menatap Utusan Malaysia dan berita harian atau mana –mana akhbar harian. Rakyat disajikan dengan kebencian politik terhadap pihak lain (pembangkang) oleh kerajaan yang berkuasa setiap hari. Sebenarnya ,agenda politik di Malaysia tidak lagi bermusim.

Bagaimana pula dengan parti pembangkang.? Jawapannya juga sama 2×5 atau 5×2 Cuma bezanya parti pembangkang tidak menguasai media utama dan tidak mampu dan tidak mungkin menyalahgunakan ‘jentera kerajaan’ seperti yang berlaku dinegara-negara demokrasi yang lain. Inilah pencetus  terhadap agenda politik 24 jam .sepanjang waktu itu  logiknya parti  yang berkuasa adalah pencetus dan pembangkang hanyalah pemberi reaksi. Tidak boleh diterima akal jika dikatakan kerajaan yang berkuasa hanya memberi reaksi terhadap agenda politik 24 jam yang dicetuskan oleh parti pembangkang yang tidak menguasai apa-apa.

Situasi terburuk berlaku dalam sejarah Negara apabila najib merasakan  dia dan BN sudah tidak selamat untuk menghadapi PRU13 . ditakdirkan juga selepas PRU 12 hampir dua atau tiga bulan akan berlaku pilihan raya kecil. Rentetan peristiwa pilihan raya yang bersiri itu memaksa isu politik dibicarakan sepanjang masa. Najib merasakan dia betul-betul tidak selamat.

Sejak zaman Mahathir pentas kerajaan disalahkangunakan untuk tujuan politik. Dikira pada masa itu sudah menjolok mata rakyat. Namun pada masa najib ,ia lebih menjolok mata dan hati. Seorang perdana menteri boleh berbicara ‘isu bontot’ dalam program kerajaan, menggunakan perkataan ‘haram jadah’ kepada golongan tertentu dan sebagainya. Bankrup betul cara berfikir seorang perdana menteri.

Mandat kerajaan BN dipusat sudah berada di tahun kelima. Maka mahu tidak mahu atur cara politik terpaksa diagendakan secara harian oleh semua parti politik. Rakyat Malaysia sudah melalui empat tahun.setiap hari dengar cerita merapu parti berkuasa. Ceeitt.Percayalah akhirnya nanti rakyat akan menyampah dengan politik BN. Kecil atau besar golongan tersebut mungkin belum diukur setakat ini.  Cuma dikedai-kedai kopi kita sering mendengar  “tak habis-habis isu ini,takde modal lain ke?” cukup-cukuplah itu. Rakyat zaman sekarang semuanya sudah cerdik dan matang dalam berpolitik. Kembalikan balik hak rakyat yang kau sudah ambil. Tunggulah balasan rakyat suatu hari nanti.

0 comments:

Sample Text

PERATURAN MEMBACA BLOG:

1) Agak tidak formal dari segi penggunaan bahasa dan lain-lain. jadi pahamkan sendiri.

2) Tidak betanggungjawab dengan sebarang dakwaan jika menciplak artikel dalam blog ini.

3) Pandangan dan pendapat penulis tidak semestinya betul.