Monday, August 06, 2012

Mungkinkah.

Rata-rata masyarakat malaysia Malam nih semuanya ucapkan tahniah dekat Dato Lee Chong Wei sebab menang pingat perak. Jadi Perak jelah akan cuti esok. kahkah. Untung betul Perak. Nuzul Quran dapat cuti ,LCW dapat perak pun perasan cuti jelah. Aku tak faham jugak sebenarnya kepada ada sesetengah negeri tak mahu wartakan cuti sempena Nuzul Quran. Habis tidak orang yang tak pernah ambik tahu Nuzul Quran tu apa tahu jugak Nuzul Quran ada cuti. Harap- harap ada perubahan lepas PRU 13 nanti.

Tak kesah la semua tu. Mungkin cuti pun nak dipolitikkan aku pun tak tahu. Apa yang aku tahu majlis berbuka bersama raja tempoh hari nampak benar jadi alat politik. Cehh! Menyesal aku pegi. Sisihkan aku macam nampak sangat aku ni orang pembangkang.

Mungkinkah  logo ini yang akan digunakan sempena sambutan kemerdekaan tahun ini?



Dan Mungkinkah tema janji ditepati ditukar seperti gambar diatas? Nak ke Rais Yatim terima semua ini.? Entah la.. Bagi aku logo walau tak nampak mana cantiknya tapi disitu ada unsur-unsur yang boleh dibanggakan. 'Se' itu ertinya satu. Sebangsa ertinya satu bangsa. Senegara ertinya satu negara dan Sejiwa ertinya satu jiwa. Jadi apa bezanya dengan satu Malaysia? kahkah.

Aku tak tahu celah mana mereka dapat idea ini. Mungkin juga selepas in ada juga penambahbaikan pada logo  tu. Apa -apa pun semuanya berpunca dari UMNO. Kucar kacir terus pasal logo merdeka. aduhh! Kusut kusut..






0 comments:

Sample Text

PERATURAN MEMBACA BLOG:

1) Agak tidak formal dari segi penggunaan bahasa dan lain-lain. jadi pahamkan sendiri.

2) Tidak betanggungjawab dengan sebarang dakwaan jika menciplak artikel dalam blog ini.

3) Pandangan dan pendapat penulis tidak semestinya betul.