GEORGETOWN - Pengerusi DAP Karpal Singh hari ini berkata
Perlembagaan Persekutuan perlu dipinda bagi memansuhkan Dewan Negara.
"Tiada perlu Dewan Negara. Ia adalah perbelanjaan yang
tidak perlu untuk ditanggung rakyat. Tidak ada gunanya.
"Ia hanya menggalakkan orang yang telah ditolak oleh
rakyat atau orang lain untuk dibawa ke Parlimen dari pintu belakang melalui
Dewan Negara memandangkan dalam undang-undang Parlimen juga termasuk Dewan
Negara," katanya kepada pemberita.
Beliau berkata Parlimen yang merupakan dewan perundangan
yang tunggal, seperti juga kedudukannya di Singapura, merupakan yang paling
sesuai demi kepentingan awam.
Karpal yang juga anggota Parlimen Bukit Gelugor berkata
kemasukan beberapa personaliti dalam barisan Kabinet tidak sepatutnya
dilakukan.
"Mana-mana ahli Kabinet yang dikatakan cukup berwibawa
semestinya termasuk individu yang berintegriti dengan reputasi yang dipandang
tinggi oleh masyarakat dan bahawa penilaian itu hanya boleh dibuat secara
langsung melalui pilihan raya oleh rakyat dan bukan melalui pelantikan,
katanya.-Karpal Singh
Setuju sangat dengan kenyataan Karpal Singh ni..#respect -Admin
0 comments:
Post a Comment