Tuesday, July 24, 2012

Janji Ditepati

Assalamualaikum.

Tahun ini banyak sambutan akan disambut pada bulan Ogos . Umumnya sambutan setiap tahun adalah Hari Kemerdekaan. Tetapi tahun ini Hari Raya Aidilfitri juga jatuh pada bulan Ogos. Meriah sungguh Ogos .Oh! Tapi serentak dengan itu Mood aku nak sambut merdeka langsung takde. Tak tahulah rakyat Malaysia yang lain macam mana.

Aku tak tahulah  kerajaan dapat idea dari mana entah boleh buat logo sambutan Merdeka tahun ini dengan  tema 'janji ditepati'. Apakah motif sedemikan dapat menaikkan 'rasa menyampah' aku dekat kerajaan sekarang.

Boleh tak kamu kreatif sikit dalam mencipta logo wahai pembuat logo merdeka. Aku nampak dekat logo tu bendera Malaysia je yang ada ciri-ciri patriotik. Lain -lain tak nampak. Kahkah. 55 tu barangkali sebab dah 55 tahun sambut merdeka. Eh, bukan engkau seorang je yang nak guna. 1 Malaysia tahu. Ouppss maksud aku seluruh rakyat Malaysia akan akur dan mungkin tema itu akan kekal dalam beberapa tahun. Jadi boleh tak jangan nampak sangat kamu mempolitikkan logo merdeka. Realistik la sikit. Kamu akan kalah tahu tahun ini. Jadi takde dah janji-janji kamu lepas ini.

Tapi cuba anda fikir kalau semua perkara nak dipolitikkan ,ingat rakyat ini hamba untuk diperbodohkan ke apa. Aku harap ada masa lagi ni tolonglah ubah.



0 comments:

Sample Text

PERATURAN MEMBACA BLOG:

1) Agak tidak formal dari segi penggunaan bahasa dan lain-lain. jadi pahamkan sendiri.

2) Tidak betanggungjawab dengan sebarang dakwaan jika menciplak artikel dalam blog ini.

3) Pandangan dan pendapat penulis tidak semestinya betul.