Wednesday, July 25, 2012

Aku dan Peneroka.

Assalamualaikum.

Himpunan Oren 14 Julai yang lalu memberikan satu tamparan yang hebat kepada kerajaan. Walaupun aku bukan masyarakat felda atau lebih dikenali sebagai peneroka aku juga turut bersemangat untuk berjuang untuk mereka. Duit Saham RM15000 yang dijanji-janjikan oleh kerajaan tu 1 sen pun tak dapat padahal. takpe lah dah nasib bukan orang felda.

Tetapi hampir 10000 orang yang hadir menyatakan sokongan mereka menolak penyenaraian saham oleh FVGH tu belum cukup berbaloi aku rasa. Patutnya boleh mencecah 50000 orang. Tapi itu bukan jadi masalah besar bagi aku. Harapan aku setelah selesai bagi memorendum kepada YPDA , paling tidak 6 daripada 8 tuntutan tu boleh la dipenuhi.


Masalah besarnya kat sini adalah adakah patut seorang Perdana Menteri berucap sedemikian? Bankrup betul cara kepimpinan dia sampai tergamak mengeluarkan kata -kata sedemikan. Aku bukan orang Felda pun naik marah bila dengar. Itu lah masalah negara sekarang. Negara dipimpin oleh seorang yang ... aku malas nak gelarkan dia dengan apa-apa.. Persoalan "Kenapa masih ada anak-anak muda yang baru belajar erti perjuangan menyokong dia?"

Dari aspek mana dinilai oleh mereka? aku masih tak nampak......


0 comments:

Sample Text

PERATURAN MEMBACA BLOG:

1) Agak tidak formal dari segi penggunaan bahasa dan lain-lain. jadi pahamkan sendiri.

2) Tidak betanggungjawab dengan sebarang dakwaan jika menciplak artikel dalam blog ini.

3) Pandangan dan pendapat penulis tidak semestinya betul.