Wednesday, July 25, 2012

Perubahan Artis ke Arah..

Assalamualaikum..

Baru -baru ini aku perasaan trend artis sekarang banyak ke arah politik. Lepas sorang-sorang lagi. Rakan-rakan artis bila tengok artis A buat perubahan artis B pun nak ikut sama.  Ada yang join pihak pakatan rakyat tu alhamdulillah, yang join Barisan Nasional tu aku heran kenapa. Mungkin kerana dunia artis nie terlalu banyak bakat muda jadi artis- artis senior macam Kak Abby, Abg Khairi Othman, Boboi, bla bla bla cenderung ke arah politik. Ingat politik tempat arena mencari populariti ke apa. Tapi dari satu aspek bagus juga sebab mereka-mereka ini juga mempunyai pengaruh tersendiri.

Penghijrahan Abby Abadi menyertai Pas yang aku tengok ramai orang respon. Rata-ratanya peminat tegar kak Abby kot. Entah la. Ada yang menyokong dakwah beliau dan ada yang melontarkan persepsi-persepsi negatif ke atas dia. Sabar jela Kak Abby. itu belum anda mejadi calon mana- mana parti. kalau tak ancaman bunuh tu anda perlu 'hadam' jela.

Aku nak cakap kat sini kenapa mesti korang mengecam orang yang melakukan perubahan. Perubahan ke arah kebaikan apa. Kalau dahulu dia tak pakai tudung, harini dah bertudung. Dulu-dulu langsung tak bicara soal dakwah kearah kebaikan , sekarang dah mula berjinak-jinak ke arah itu. Soal istiqamah dan taubat tu serahlah la kepada dia dan Allah sahaja, Tiada hak untuk kita mempertikaikan semua ni. Fikir lah tentang diri sendiri sebelum menilai orang. Bila hati menghadap Allah, baru Ku tahu aku banyak kelemahan. macam tu baru betul.

Ini tak. Elok-elok aku tak kenal kumpulan Elite ,semalam baru tahu. Kahkah. nampak sangat noob punya aku nih. Itulah manusia. Suka buruk-burukkan orang. Kalau boleh hari-hari nak cari kelemahan orang. Post dekat facebook 'no komen'. Esok lusa berjela-jela komen fitnah sana-sini. aku taknak sebut siapa. .Baru ada 'point' kan nak sembang dan malaikat sebelah kiri pun menambahkan juga point anda.

Sudah-sudahlah tu. Selagi orang itu dah berubah ke arah kebaikan,tak payah la kau sebok- sebok jatuhkan dia. Itu sekadar pandangan aku. Sempena bulan mulia elok lah kita buat perubahan. InsyaAllah!

p/s : aku salah seorang daripada #teamabbyabadi  kalau korang nak tahu.kahkah.





0 comments:

Sample Text

PERATURAN MEMBACA BLOG:

1) Agak tidak formal dari segi penggunaan bahasa dan lain-lain. jadi pahamkan sendiri.

2) Tidak betanggungjawab dengan sebarang dakwaan jika menciplak artikel dalam blog ini.

3) Pandangan dan pendapat penulis tidak semestinya betul.