Saturday, July 28, 2012

Kabinet Bayangan

Hampa aku cakap kabinet bayangan  ni hampa pernah dengaq tak? . Aku yakin mesti korang pernah dengar dan maklum pasal kabinet bayangan. Bagi yang tak tahu aku akan cerita kejap lagi. Sebenarnya aku pun baru tahu je padahal. Kalau salah aku cakap korang tegur saja. Aku tak kesah.

Kabinet bayangan (maksud kamus aku) merupakan satu kabinet yang bakal memerintah negara selepas memenangi dalam pilihan raya. Kabinet bayangan ini biasanya sebagai persiapan untuk memilih wakil-wakil rakyat yang akan menjawat jawatan dalam tampuk pemerintahan negara. Dan selalunya apabila menang pilihan raya tersebut tidak semestinya 100% orang yang yang dicadangkan akan dilantik. tu lah apa yang aku faham.

Tapi korang tak rasa pelik ke kenapa tiba-tiba aku cerita pasal kabinet bayangan. Sebenarnya sebab aku termimpi semalam pasal nih. Dan yang menariknya kabinet bayangan dalam mimpi aku tuh takde langsung wajah Najib. Kahkahkah. Nama Rosmah pun takde. Kenapa?

Itu point mustahak kali nih. Aku tak tahu sama ada mimpi aku ni benar atau salah. Aku harap korang yang lain pun mimpi sama lah macam aku. Kalau tidak lepas PRU nanti hari-hari korang akan mimpi ngeri. kahkah. Kalau taknak nightmare yang extreme melampau buatlah perubahan. Itu nasihat aku. Kemon lah berani lah sikit.




0 comments:

Sample Text

PERATURAN MEMBACA BLOG:

1) Agak tidak formal dari segi penggunaan bahasa dan lain-lain. jadi pahamkan sendiri.

2) Tidak betanggungjawab dengan sebarang dakwaan jika menciplak artikel dalam blog ini.

3) Pandangan dan pendapat penulis tidak semestinya betul.