Saturday, July 28, 2012

Kawin Muda

Best tajuk post aku kali nih. Rata-rata anak muda sesuai la kalau nak cerita bab ni.kahkah. Aku tidak terkecuali berdepan dengan situasi ini.  Persoalan. Wajarkah berkahwin diusia muda.?

Aku bawakan satu contoh. Pasangan Syafiq (16 tahun) dan Yana (14 tahun) . Tapi sebelum tu aku kesian sungguh dengan dengan pasangan 'adik' kita nih. Aku dapat makluman perkahwinan mereka mengundang kontroversi dari pelbagai pihak. Dah tu kenapa mesti post video perkahwinan dekat Youtube. Durasi 10 minit lebih pulak tuh. kahkah. Pihak keluarga pulak dah tak tahu nak cakap macam mana bila cepat sangat dapat publisiti ramai. Korang yang timbulkan isu pandai-pandailah selesaikan.*ada udang disebalik batu aku rasa kahkah.







Seorang baru lepas PMR, dan sorang lagi akan ambik PMR tahun hadapan. Kalau dengar cerita orang pun tak percaya. 'Rare' betul adik-adik korang nih.kahkah. Nak ikutkan Undang-undang Malaysia pun aku rasa dorang nih tak lepas. Tok kadi terlepas pandang kot. Haha.

Hari ini seronok la hampa makan minum mak bapak mertua boleh tanggung. Esok lusa lama lama mak mertua nampak kucing pun marah. "Apalah kucing nih.. asyik makan je aku bagi, rumah tak mau buat sendiri"..*cakap depan menantu.

Tetapi dari satu aspek kawin muda memang digalakkan. Sebab rata-rata anak muda nih dah pandai nak 'bercouple' dan ber'papa mama' sekarang. Tu yang jadi masalah tuh. Islam pun larang buat macam tu kerana menghampiri maksiat. Daripada terus terjerumus ada anak takde ayah ibu dan seumpamanya elokkan berkahwin. So bila hati dah suka cepat-cepatlah berjumpa dengan ahli keluarganya.

Secara kesimpulan (aku simpulkan) perkahwinan nih bukan perkara main-main. Perlukan kepada 'pelan tindakan' yang khusus dan 'maintainance' yang perpanjangan. Jangan la kita contohi artis-artis yang berkahwin semata-mata inginkan publisiti atau s*ks semata-mata kemudian dengar cerita bercerai -berai. Fikirlah bebetul dahulu sebelum buat keputusan. Kepada 'adik-adik' yang sudah berkahwin abang ucapkan selamat menjalani alam rumahtangga dan berilah nama anak anda dengan nama yang baik-baik. Woha!



1 comments:

biela bell said...

Aku pun b'pendapat mcm tu gak. Klu ikut islam mmg umur dorg dah lyk tp klu ikut undang2 mana nak lepas mlainkan ada sbb t'tentu. Dan biasanya mesti sbb dah t'lnjur,aku xdpt nk elak diri aku dari b'fkiran ngatif pasai depaa.. Bgos kawen awl tp kena pk gak aspek2 lain mcm kwgn, aset dll.. Zman dlu xsama dgn zaman skrg..

Sample Text

PERATURAN MEMBACA BLOG:

1) Agak tidak formal dari segi penggunaan bahasa dan lain-lain. jadi pahamkan sendiri.

2) Tidak betanggungjawab dengan sebarang dakwaan jika menciplak artikel dalam blog ini.

3) Pandangan dan pendapat penulis tidak semestinya betul.