Saturday, July 28, 2012

wang kertas baru macam wang kertas orang mati?

Assalamualaikum.

Semenjak blog aku  betukar wajah,rasa seronok pulak update blog. dan aku juga mengharapkan agar ada la orang komen kat blog aku untuk aku memperbaiki kesilapan fakta aku kalau ada. :)

Baru -baru ni kerajaan kita ada umumkan wang kertas baru. 17/6/2012 tak silap aku duit tu digunakan secara rasmi. Masa tu aku ingat lagi. Pakat berebut nak tukar duit lama dekat bank. Sebab boleh main bakar-bakar duit. Takde rasa rugi,kahkah.

Nasib baik aku bukan jenis manusia macam tu. Aku rilek je dulu. Tunggu respon ramai pihak macam mana dengan duit baru tu. Aku agak mesti ada yang tak kena. Sebab duit syiling baru pun dah cukup beban bagi aku. Nak beli air dekat vanding machine tak boleh, basuh baju guna mesin ( jenis masuk syiling baru berfungsi) tak boleh. Bengap betul sebelum buat keputusan. Last -last dah belanja kos besar nak tuka semua jenis mesin alah ni bagi boleh detect syiling tu.



Nah kau duit kertas baru. Siap dengan warna warni lagi.Kahkah. Mula -mula aku tak tahu design dari mana bank negara tiru duit ni. Rupa-rupanya tiru duit kertas palsu kaum cina buat bakar-bakar sempena kematian. kahkahkah. cina tiru BNM ke BNM tiru cina ke yang tu aku tak kesah. Yang penting duit tu aku nampak pelik dan arrghh! susah nak cakap macam mana.



Kalau kucing pun pelik sampai tertonggeng macam tuh,inilah pula aku manusia biasa. Lagi lah pelik memikirkan kaitan antara duit kertas palsu tu dengan duit baru tu. kahkah. Well done habis tidak ada transformasi. Kuikui.

Aku harap duit tu laku/harga tak jatuh lagi dan negara lain masih mahu membeli duit Malaysia...=='

0 comments:

Sample Text

PERATURAN MEMBACA BLOG:

1) Agak tidak formal dari segi penggunaan bahasa dan lain-lain. jadi pahamkan sendiri.

2) Tidak betanggungjawab dengan sebarang dakwaan jika menciplak artikel dalam blog ini.

3) Pandangan dan pendapat penulis tidak semestinya betul.