TAHUKAH ANDA?
AES ialah suatu kaedah penguatkuasaan peraturan &
undang-undang lalulintas secara automatik yang beroperasi 24 jam tanpa henti
walau dalam apa jua keadaan cuaca.
b) Bagaimana AES beroperasi?
AES beroperasi dengan pemasangan kamera automatik di
lokasi-lokasi tertentu seperti jalanraya, lebuhraya & persimpangan lampu
isyarat. Kamera akan menangkap gambar kenderaan yang melakukan kesalahan &
dihantar ke pusat kawalan AES kemudian diedit & disahkan lalu dihantar ke
pusat AES JPJ. JPJ akan mengesahkan kesalahan & butiran pemilik kenderaan
& mengeluarkan saman kepada pemilik kenderaan.
c) Apa kesalahan yang dikuatkuasakan di bawah AES?
Setakat hari ini :
a) Memandu melebihi hadlaju; dan
b) Melanggar isyarat lampu isyarat.
d) Siapa yang mengendalikan AES?
AES dikendalikan secara bersama oleh JPJ & dua (2)
syarikat swasta yang memasang kamera iaitu Beta Tegap Sdn Bhd & ATES Sdn
Bhd.
e) Apakah teknologi yang digunakan?
Beta Tegap Sdn Bhd menggunakan kamera keluaran Redflex dari
Australia manakala ATES Sdn Bhd menggunakan kamera keluaran Jenoptik Robot dari
Jerman.
f) Di mana kamera AES dipasang?
Kamera AES dipasang di lokasi-lokasi kemalangan maut yang
ditentukan oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalanraya Malaysia [MIROS]
g) Apa fungsi syarikat Beta Tegap Sdn Bhd & ATES Sdn Bhd
dalam AES?
Kedua-dua syarikat ini diberihak oleh Kerajaan untuk
memasang kamera di lokasi yang telah ditetapkan.
h) Adakah syarikat mendapat hasil daripada AES?
Ya, mengikut Model Kewangan dengan Formula 3 Langkah yang
telah dipersetujui sejak tahun 2009, kedua-dua syarikat layak mendapat RM16
setiap saman yang dibayar.
i) Bagaimana AES dikuatkuasakan?
Saman dikeluarkan oleh JPJ kepada pemilik kenderaan supaya hadir
ke Mahkamah di kawasan kesalahan dilakukan. Jika pemilik bukan pemandu ketika
kesalahan dilakukan, pemilik hendaklah memberitahu JPJ maklumat pemandu dalam
tempoh 30 hari dari tarikh Saman dikeluarkan.
j) Apa itu SAMAN
Saman ertinya suatu notis memerintahkan seseorang hadir ke
Mahkamah.
k) Adakah SAMAN perlu dibayar?
Saman tidak WAJIB dibayar kerana SAMAN adalah perintah hadir
ke Mahkamah bukan perintah untuk membayar denda.
l) Adakah kesalahan di bawah AES boleh dikompaun?
Kedua-dua kesalahan boleh dikompaun dengan tawaran kompaun
juga RM300.
m) Apa itu kompaun?
Kompaun ialah tawaran denda kepada pesalah untuk membayar
denda lebih awal dalam suatu tempoh yang ditetapkan untuk mengelak hadir ke
Mahkamah.
n) Apa hukuman di bawah AES?
a) Seksyen 79 (2) – tidak mematuhi isyarat hadlaju
(papantanda), denda minimum ialah RM300 dan maksimum RM2,000
b) Seksyen 79 (2) – tidak mematuhi isyarat lampu isyarat
denda minimum RM300 dan maksimum RM2000
o) Apa akan berlaku jika seseorang yang menerima SAMAN tidak
membayar kompaun?
Jika kompaun tidak dibayar, seseorang itu hendaklah hadir ke
Mahkamah yang dinyatakan di dalam Saman pada tarikh dan masa yang ditetapkan.
Kegagalan hadir ke Mahkamah seperti yang ditetapkan, suatu Waran Tangkap boleh
dikeluarkan.
p) Apa itu Waran Tangkap?
Waran Tangkap ialah suatu perintah menangkap OKS untuk
dibawa ke Mahkamah pada tarikh dan masa yang ditetapkan. Seseorang yang
dikeluarkan Waran Tangkap tidak bermaksud telah melakukan kesalahan seperti
yang didakwa tetapi sekadar untuk membawa beliau hadir ke Mahkamah bagi
menjawab tuduhan.
q) Bagaimana proses Mahkamah dalam kes Saman AES?
Proses Mahkamah dalam Saman AES adalah sama seperti kes-kes
yang lain.
Tuduhan akan dibacakan.
Contoh tuduhan
"Bahawa kamu pada 12/11/2012 jam lebihkurang 10:00 pagi
di km 6.6 Jalan Kajang-Puchong dalam Daerah Puchong di Negeri Selangor sebagai
pemunya berdaftar kenderaan motor WWW 1234 telah memandu kenderaan tersebut
dengan kelajuan 123 kmsj iaitu melebihi hadlaju 80 kmsj yang telah ditetapkan
bagi jalan tersebut, kamu gagal mengikuti peraturan isyarat (papantanda) yang
sah di mana berlebihan hadlaju 43kmsj dan oleh yang demikian itu, kamu telah
melakukan satu kesalahan di bawah Seksyen 79(2) Akta pengangkutan Jalan 1987
dibaca bersama di bawah Seksyen 109(2) akta yang sama dan boleh dihukum di
bawah Seksyen 79(2) akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333/87)"
Adakah kamu mengaku bersalah?
Jika OKS mengaku salah, maka pengakuan salah diterima &
diminta untuk membuat rayuan hukuman. Hukuman Denda RM300 minima & maksima
RM2000. Maka OKS boleh merayu hukuman diringankan. Mengikut prosedur biasa
Mahkamah, mahkamah akan mengambil kira kesalahan pertama & lain-lain faktor
seperti kewangan & tanggungan keluarga & penjimatan masa Mahkamah
sebelum menetapkan hukuman. Kebiasaannya hukuman bagi kesalahan pertama ialah
RM300 seperti yang ditetapkan & mungkin juga Mahkamah boleh melepaskan
dengan jaminan berkelakuan baik.
Jika OKS tidak mengaku salah, maka Mahkamah akan menetapkan
tarikh bicara di mana pihak pendakwa (JPJ) perlu membuktikan bahawa OKS
melakukan kesalahan. Beban pembuktian terletak di pihak Pendakwaan bagi
membuktikan OKS melakukan kesalahan. Bukti-bukti seperti gambar & lain-lain
termasuk saksi-saksi akan dikemukakan semasa perbicaraan. Jika diakhir
perbicaraan, OKS didapati salah, Mahkamah akan jatuhkan hukuman di mana
hukumannya sama seperti mengaku salah. Jika diakhir perbicaraan pihak Pendakwa
gagal membuktikan kesalahan, maka Mahkamah akan melepaskan OKS.
0 comments:
Post a Comment