Tuesday, November 13, 2012

Soal Hati



Pernah tak kita terfikir dan cuba untuk selesaikan masalah ini? Kita baca Al-Quran tetapi rasa tidak seronok dan berat walaupun untuk menghabiskan satu mukasurat. Rasa hendak berhenti cepat-cepat sedangkan bila kita baca suratkhabar atau internet kita rasa seperti asyik dan leka. Kita berzikir tetapi hati kita fikir pe
rkara lain, sudah hendak tumpukan atau rasa kemanisan zikir itu sedangkan kita menyebut nama Yang Maha Agung. Bukankah didalam Al-Quran bagitahu bahawa hati akan menjadi tenang dengan berzikir. Mengapa hati kita tidak tenang walaupun kita selalu berzikir?



Kita solat sudah berpuluh tahun tetapi tidak dapat lagi hakikat khusyu ini. Bila kita angkat sahaja takbir Allahu Akbar macam-macam perkara yang datang dalam hati dan fikiran kita. Sedangkan diluar solat kita tidak pernah pun fikir perkara itu. Segalanya macam video yang diputarkan kembali, kita jadi lalai dalam solat sehingga kadang-kadang tu sampai lupa bilangan rakaat dan lupa apa yang kita baca. Kalau kita tanya ramai orang, mereka pun lupa surah apa yang tok imam baca walaupun solat baru selesai.

Ulama bagitahu mengapa terjadi demikian, puncanya adalah kerana kerana telinga, mata, mulut hingga hati kita telah sakit. Tidak ada mana-mana pakar pun yang mampu mengesan dan mengetahui sakit-sakit ini. Telinga kita sakit tak suka dengar bacaan Quran kerana telinga telah digunakan untuk mendengar lagu-lagu syaitan (yang melalaikan). Mata telah lihat aurat wanita, tengok anak dara orang, tengok perkara yang haram. Mulut cakap yang tak baik, mengumpat, hebah aib orang dan memfitnah. Akhirnya hati keras dan gelap. Tiada satu pakar pun yang mampu mengesan sakit ini.



Sakit yang sebenar bukanlah sakit luaran. Ingatkah kita kisah Nabi Ayyub AS yang menderita kerana sakit yang teruk? Hingga badan Baginda AS dimakan ulat-ulat. Baginda diuji oleh Allah dengan pelbagai ujian. Kekayaan hilang, ditinggalkan isteri, sakit teruk. Baginda tetap berdoa dan sabar kira-kira 18 tahun. Apabila baginda sihat dia telah ditanya “Bagaimana keadaanmu ketika kamu sakit”. Baginda menjawab “Ketika sakit ialah masa-masa bahagia aku kerana aku dekat dengan Allah!”. Sakit yang sebenar ialah sakit dalaman iaitu Iman. Sakit luaran(fizikal, demam, eksiden, patah kaki dll) ialah rahmat (Allah nak ampun dosa dan tingkatkan darjat)

Carilah hati kita dalam 3 perkara. Pertama ketika membaca Quran, adakah hati kita senang dengan Quran atau kita selalu perasan sibuk dan mahu terus berhenti. Jika tidak, yang kedua carilah hati ketika berzikir. Adakah kita ingat Allah dan insaf dan sedar diri. Jika tidak, yang ketiga carilah hati di dalam solat. Adakah tumpuan kita hanya pada Allah. Kalau dengan ketiga-tiga ini kita tak jumpa hati maka berdoalah kepada Allah agar kita diberikan hati oleh Allah kerana kita sudah tiada hati lagi.

Kalau jasad kita sakit maka segala makanan yang enak dan sedap sudah tiada selera. Makanan yang manis terasa pahit. Jasad kita dibuat dari tanah dan makanan juga dari tanah. Dengan makan ubat, berpantang dan makanan tertentu badan yang sakit akan kembali sihat. Apabila sudah sihat maka selera pun datang kembali. Roh kita juga berasal dari langit dan makanan juga dari langit. Dengan membetulkan hati kita agar kembali sihat dengan membaca Al-Quran, berzikir, solat dan berpantang dengan menjaga mata, mulut dan telinga maka hati akan menjadi bersih dan ruhani kembali sihat.




0 comments:

Sample Text

PERATURAN MEMBACA BLOG:

1) Agak tidak formal dari segi penggunaan bahasa dan lain-lain. jadi pahamkan sendiri.

2) Tidak betanggungjawab dengan sebarang dakwaan jika menciplak artikel dalam blog ini.

3) Pandangan dan pendapat penulis tidak semestinya betul.