Saturday, September 01, 2012

adakah kita betul sudah merdeka?

Aku sebagai anak muda tertanya-tanya betulkah negara kita sudah merdeka? merdeka daripada penjajah ? Mungkin itu yang dimaksudkan. Tapi aku tak nampak itu yang harus kita perjuangan sekarang sebab negara kita sudah banyak berubah. Tak payah la nak buat bendera gergasi guna pulut sebanyak 2500kg. Patriotik apa tu makcik? ceh!! tu membazir namanya. 

Bagi pendirian aku, aku pandang merdeka dari aspek kehidupan seharian . Senang cerita akhlak tu yang perlu merdeka. Banyak pengaruh penjajah sebenarnya telah diterapkan dalam otak orang malaysia. Baik melayu cina ataupun india. Bijak sebenarnya penjajah atur cara hidup masyarakat malaysia. Dari dulu sampai sekarang tak hilang pengaruh tu.. Kesian kita sebenarnya belum merdeka dari segi tu.. Mungkin lah kaum cina banyak yang sudah sedar . Mereka sekarang banyak berlumba untuk kemajuan diri dan kaum mereka sendiri. Dari segi akhlak aku taknak komen apa sebab mereka kafir. Tapi pendekatan Islam aku rasa mereka sendiri tak tolak kalau mereka faham. Tapi melayu macam mana? hmm.. tolong lah sedar.

Sebenarnya bukan UMNO yang mempejuangkan melayu. Tapi melayu yang mewujudkan parti UMNO untuk menuntut kemerdekaan. Jadi jangan cakap UMNO tiada melayu musnah.. UMNO lah pejuang nasib melayu apa semua.. Puuiii.. Takde UMNO zaman sekarang aku lagi suka sebenarnya..Mungkin negara tak dilanda hutang berbillion billion. UMNO perosak hidup melayu dan memperalatkan melayu untuk kepentingan  kroni ada lah.. tolong sedar hakikat ini.

Jadi kali ni aku betul-betul harapkan hampa semua lakukan perubahan dan munasabah diri tentang erti kemerdekaan yang sebenar. 

Aku rasa UMNO sendiri tak mintak penyokong fanatiknya buat perangai macam nih. JOM layan video kat bawah sebelum penyokong UMNO  sakit hati dengan aku. Woha

video

0 comments:

Sample Text

PERATURAN MEMBACA BLOG:

1) Agak tidak formal dari segi penggunaan bahasa dan lain-lain. jadi pahamkan sendiri.

2) Tidak betanggungjawab dengan sebarang dakwaan jika menciplak artikel dalam blog ini.

3) Pandangan dan pendapat penulis tidak semestinya betul.