Monday, August 27, 2012

Nyanyok Dah..

Lebih baik memilih syaitan yang anda kenali daripada malaikat yang tidak anda kenali.- Kenyataan Tun Mahathir.

Mungkinkah syaitan ini yang dimaksudjkan oleh Tun Mahathir tu begini??


Aku sendiri tak pasti maksud apa yang tersirat dari apa yang disebutkan oleh dia. Tapi aku dapat rasakan bahawa dia ni cuba untuk memesongkan akidah umat Islam. Kenapa aku cakap macam tu? Sebab sudah terang lagi bersuluh syaitan tu musuh yang nyata. Maksud kat sini nyata bukan secara zahirnya, tetapi melalui peribadinya dan niatnya untuk memusnahkan umat Islam.Atau pun syaitan yang dimaksudkan itu ialah 'Barisan Nasional' manakala malaikat pula 'Pakatan Rakyat'? oh!  Tinggi sungguh gaya bahasa dia nih mengalahkan A Samad Said dah. Kahkah..

Kenapa Mahathir tergamak cakap macam tu? Aku rasa kalau dia tulis 'melayu mudah lupa' lagi orang tak marah dan lengit sangat. Sebab dia  ni entah keturunan mamak kot senang -senang cakap macam tu. sudahlah! mungkin itu motivasi bagi dia.  Malang sungguh nasib nasib rakyat yang masih melaungkan' hidup melayu!' ni padahal pemimpin dia sendiri mengatakan melayu mudah lupa.. Aku sedih. Betul betul sedih.

Kalau yer pun nak melabel Barisan Nasional seperti syaitan janganlah bagi kawan tu terasa pulak. Mentang- mentang kau dah puas bolot hasil mahsul negara , kau boleh la nak cakap macam tu dekat najib. Najib dah habis baik tutup kelemahan sendiri dalam pentadbiran,kenapa kau sebok-sebok nak pecah rahsia dia. Makin lama disimpan (tampuk pemerintahan),makin banyak yang terbongkar . Dengan segala penyelewengan, tipu muslihat,fitnah orang dah sebagainya cukup menyedarkan aku bertapa kejinya seorang pemerintah yang zalim kepada rakyat.Sesuai lah pun Mahathir label sebagai syaitan yang dikenali.

Tetapi jangan samakan 'Pakatan Rakyat' dengan malaikat pulak, yang  tu aku tak suka. Sebab tu nak taknak aku cakap kau dah nyanyok. pergi berehat jelah. Tolong jangan memanipulasi lagi sentimen agama dalam politik. Itu bukan caranya. Aku sendiri yakin pakatan rakyat ada kelemahan. Banyak jugak kepincangan dalam mengerakkan parti yang berbilang bangsa. Jadi, istilah 'malaikat' tidak sama sekali wajar dan diterima akal.

Senang cerita syaitan dan malaikat ni bukan mainan untuk berpolitik. Kamu kata aku aku kata kamu. Sebenarnya politik Mahathir & Anwar telah berlarutan sekian lama. Tengok Anwar nak jadi Perdana Menteri yang membuatkan Mahathir sangat sangat gelabah sampai tak perasan dia cakap apa.Itu sebab dia boleh melatah tak tentu hala. Jadi banyak-banyaklah muhasabah diri .

0 comments:

Sample Text

PERATURAN MEMBACA BLOG:

1) Agak tidak formal dari segi penggunaan bahasa dan lain-lain. jadi pahamkan sendiri.

2) Tidak betanggungjawab dengan sebarang dakwaan jika menciplak artikel dalam blog ini.

3) Pandangan dan pendapat penulis tidak semestinya betul.