Sunday, July 29, 2012

Aku akan terus jadi pembangkang?

Sebelum aku teruskan topik aku kali ni aku nak lahirkan rasa bersyukur dan terhibur apabila bukak facebook je terus keluar gambar nih.



Kahkah. isu hangat rupanya pasal kerajaan memutuskan untuk menggantikan logo sambutan Hari Kemerdekaan ke -55 yang menampilkan kempen 'Janji Ditepati' selepas berhadapan dengan kritikan daripada rakyat. Hebat betul kuasa rakyat. Jap jap, lagu merdeka bila nak tukar pulak.? Kuikui. Sembang rakyat didahulukan. Cepat-cepat tukar keh. Sakit telinga aku lama lama. kahkah.

Cukup la gelakkan orang harini.Tak baik sebenarnya. Bulan puasa sepatutnya diisi dengan amal. Bukan 'amal'an 'memuji' kerajaan sebegini.

Bercakap soal aku akan terus jadi pembangkang pada pendapat aku, aku setuju. Aku akan tetap membangkang mana yang salah. Mungkin selepas PRU akan datang Najib yang akan jadi ketua pembangkang. Kuikui. Tapi aku akan tetap berada dengan yang betul. Kalau misalnya dia cakap nak buat Himpunan Bersih 4.0 (sambung kerja pakatan rakyat) disebabkan ada ketidakadilan dalam pilihanraya, aku turun Najib.Jangan risau. Kalau pendidikan tidak diberikan percuma ,ada demontrasi ( tapi masa tu tiada gas pemedih mata), aku turun. Kalau misalnya pemimpin rasuah sana -sini aku update blog nyatakan ketidakpuashatian aku. So kat sini aku akan bersikap terbuka. Kerana aku tahu aku hanya rakyat biasa yang mahukan keadilan.

Aku petik satu petikan sajak dari seorang sahabat aku. Hebat beliau. sajaknya begini .

Aku juga seorang mahasiswa
tapi aku lebih suka bersederhana
sambil menikmati usia muda
aku penuhkan ilmu didada
tunaikan harapan ibu dan bapa

Memang benar diam itu mati
tapi diam itu diam berisidiam tak semestinya tanda setuju
diam aku kadang-kadang tanda protes
diam untuk berfikir
mana rugi mana untung
yang baik aku ciplak
yang buruk aku tolak

dan salahkah aku memilih
untuk menjadi sebahagian daripada the silent majority
yang bilangannya jauh lebih ramai dari mereka yang berdemonstrasi

Menentang jangan membabi buta
ada caranya biar kena gayanya

Berpuitis sungguh sajak dia kan. Ringkas dan padat. Disebabkan aku bukan seorang yang berpuitis aku copypaste je.Kahkah.  Apa-apa pun kalau dah salah tu tetap salah. Tak perlu semua benda nak dipolitikan sampai kucar kacir segala..Reformasi!!!



0 comments:

Sample Text

PERATURAN MEMBACA BLOG:

1) Agak tidak formal dari segi penggunaan bahasa dan lain-lain. jadi pahamkan sendiri.

2) Tidak betanggungjawab dengan sebarang dakwaan jika menciplak artikel dalam blog ini.

3) Pandangan dan pendapat penulis tidak semestinya betul.